Khamis, 2 April 2015
Hebatnya Aisyah menjaga auratnya
Dikisahkan sejak kewafatan suaminya Aisyah yakni Nabi Muhammad saw, Nabi disimpan dalam rumahnya sebelah Masjid Nabawi, kerana tersangat sayangkan Nabi, Aisyah tinggal dan tidur di dalam makam Nabi setiap masa.
Selepas itu, khalifah pertama iaitu Saidina Abu Bakar As-Sidiq pula meninggal dunia dan disimpan sebelah Nabi Muhammad dan Aisyah masih lagi tinggal dan tidur dalam makam itu.
Selepas itu, Saidina Umar Al-Khatab pula meninggal dan disimpan dalam ruangan makam yang sama bersama Nabi Muhammad dan Abu Bakar maka Aisyah pun sejak dari itu tidak lagi tinggal di makam itu.
Maka, sahabat bertanya kepada Aisyah...
"Kenapa kamu Aisyah tidak lagi tinggal dan tidur di makam selepas Umar Al-Khatab juga disimpan di situ?"
Jawab Aisyah... Ketika Nabi Muhammad aku tinggal disitu kerana dia suami ku, Abu Bakar kerana dia ayahku, maka aku bebas untuk membuka aurat, menyikat rambut dan buat apa sahaja kerana mereka halal bagi ku, namun apabila Umar Al-Khatab masuk dalam makam itu (walaupun dalam keadaan mati) aku menjadi segan dan malu untuk bebas seperti biasa sebab dia tiada apa-apa perhubungan dengan aku.
Maka sejak itu, Aisyah buat biliknya sebelah makam Nabi. Begitu hebat Aisyah menjaga aurat, maruahnya daripada lelaki bukan muhrimnya walaupun Umar sudah tidak bernyawa.
Inilah wanita hebat, Aisyah. Bagaimana dengan kita hari ini? Adakah mengambil mudah akan aurat, maruah diri? Rela berkongsi pandangan dengan ramai lelaki dengan mahrammu.
Penutupan antara ipar duai dalam rumah pun perlu di ambil berat. Peliharalah aurat dan maruah diri seperti mana Aisyah menjaganya.
InsyaAllah.
Kisah diceritakan oleh Ustaz Zaim, Mutawif Andalusia, Umrah Mac 2015.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan