Khamis, 2 April 2015

Hasan Basri -Rahsia zuhud

Hasan Basri ditanya: Apa rahsia zuhudmu di dunia ini? Beliau menjawab: aku tahu rezekiku tidak akan diambil orang lain, kerana itu hatiku selalu tenang. Aku tahu amalku tidak akan dikerjakan orang lain, kerana itulah aku sibuk beramal soleh. Aku tahu ALLAH Ta'ala selalu memerhatiku, kerana itulah aku malu jika ALLAH melihatku sedang dalam maksiat. Dan aku tahu kematian itu sudah menungguku, kerana itulah aku selalu menambah bekal untuk hari pertemuanku dengan ALLAH. Sahabat2 ku: Jangan tertipu dengan usia MUDA kerana syarat Mati TIDAK harus TUA. Jangan terpedaya dengan tubuh yang SIHAT kerana syarat Mati TIDAK mesti SAKIT Jangan terperdaya dengan Harta kekayaaan Sebab Si kaya pun tidak pernah menyiapkan Kain Kafan buat dirinya meski cuma selembar. Mari terus berbuat BAIK, berniat untuk BAIK, berkata yang BAIK-BAIK, Memberi nasihat yang BAIK Meskipun TIDAK banyak orang yang mengenalimu dan Tidak suka dgn nasihatmu Cukup lah اللهِ yang mengenalimu lebih dari pada orang lain. Jadilah bagai Jantung yang tidak terlihat, Tetapi terus berdenyut setiap saat hingga kita terus dapat hidup, berkarya dan menebar manfaat bagi sekeliling kita sampai diberhentikan oleh NYA Sahabat2ku: "Waktu yang kusesali adalah jika pagi hingga matahari terbenam, 'Amalku tidak bertambah sedikitpun, padahal aku saat ini umurku berkurang" (Ibnu Mas'ud r.a)
Catat Ulasan