Isnin, 20 April 2015

SULALATUS SALATIN-19

Kegagahan Badang Diuji

Hatta, kedengaranlah ke benua Keling, ada seorang hulubalang raja Singapura, Badang namanya, terlalu gagah. Adapun ke­pada Raja benua Keling ada seorang pahlawan terlalu amat gagah, tiada berlawan di benua Keling bernama Nadi Bija Nia­kra. Maka oleh raja benua Keling, pahlawan itu disuruhnya bawa ke Singapura, membawa tujuh buah kapal. Maka titah raja benua Keling pada seorang hulubalangnya, "Pergilah eng­kau bawa pahlawan aku ini ke Singapura dengan tujuh buah kapal itu, lawan olehmu hulubalang raja Singapura itu bergusti. Jikalau pahlawan aku alah olehnya, maka isi tujuh buah kapal ini berikan akan taruhnya, dan jika ia alah, patutlah sebanyak harta yang tujuh buah kapal itu juga." Maka sembah hulubalang itu, "Baiklah tuanku," maka ia pun belayarlah.

Berapa lamanya di laut datanglah ke Singapura, maka di­persembahkan orang kepada Seri Rakna Wikrama, "Ada pahlawan dari benua Keling datang, hendak melawan Badang bermain, jikalau ia alah, harta tujuh buah kapal itulah akan taruhnya." Maka baginda Seri Rakna Wikrama pun keluar di­adap orang; maka hulubalang Keling itu pun mengadap membawa pahlawan itu. Maka oleh Seri Rakna Wikrama disuruh bergusti dengan Badang, maka barang main pahlawan Keling itu semuanya tewas juga. Maka ada sebuah batu di hadapan balairung itu terlalu besamya, maka kata Nadi Bija Niakra pada Badang, "Mari kita berkuat-kuatan pada mengangkat batu ini; barang siapa tiada terangkat ialah alah.

Maka sahut Badang, "Baiklah, angkat oleh tuan Hamba dahulu." Maka oleh Nadi Bija Niakra diangkatnya, tiada terangkat, Maka disungguh-sungguhnya, terangkat hingga lutut, lalu dihempas­kannya ke tanah. Maka katanya kepada Badang, "Sekarang berganti tuan Hambalah pula." Maka kata Badang, "Baiklah." Maka oleh Badang diangkatnya batu itu dengan sebe1ah tang­annya, dilambung-lambungnya, lalu dilontarkannya di kuala. ltulah batunya tersandang yang ada sekarang di hujung tanjung Singapura itu. Maka oleh hulubalang Keling, isi ketujuh buah kapal serta dengan kapalnya sekali, diserahkan kepada Badang. Maka ia bermohon kepada duli baginda, lalu belayar ke benua Keling.

Sebermula kedengaranlah ke Perlak, "Bahawa hulubalang raja Singapura terlalu gagah, Badang namanya; tiada ada dua taranya pada zaman ini." Diceriterakan oleh yang empunya ceritera bahawa raja Perlak itu ada menaruh seorang pahlawan, Benderang namanya; terlalu gagah, lagi ke mana-mana ter­masyhurnya. Maka tatkala orang berkhabarkan Badang itu, Benderang pun ada mengadap raja Perlak. Maka sembah Ben­derang kepada raja Perlak, "Tuanku, masakan Badang gagah daripada yang diperHamba. Jika dengan sabda tuanku, supaya yang diperHamba pergi ke Singapura itu melawan Badang bermain."

Maka raja Perlak memberi titah pada Mangkubumi Tun Perpatih Pandak namanya. "Hendaklah tuan Hamba pergi ke Singapura, kerana Benderang ini hendak Hamba titahkan ke Singapura melawan Badang," Maka sembah Tun Perpatih Pandak, "Baiklah tuanku, dan titah patik junjung." Setelah hadir, maka Raja Perlak pun menyuruh mengarak surat ber­sama-sama Tun Perpatih Pandak dan Benderang turun ke pe­rahu. Maka Tun Perpatih Pandak pun belayarlah.

Hatta beberapa hari di jalan maka sampailah ke Singapura, Maka disembahkan oleh orang kepada Seri Rakna Wikrama mengatakan, "Tun Perpatih Pandak disuruhkan raja Perlak datang membawa seorang pahlawan bernama Benderang akan 'melawan Badang." Setelah didengar baginda sembah orang  itu maka baginda pun keluarlah di hadapan segala menteri, hulubalang, sida-sida bentara dan biduanda sekalian di balai­rung. Maka baginda menitahkan pegawai menjemput surat raja Perlak itu, diarak dengan sepertinya. Setelah datang, maka disambut bentara kiri dipersembah­kannya kepada baginda; maka disuruh baginda baca kepada orang, terlalu baik bunyinya.

Maka Tun Perpatih Pandak pun menjunjung duli; maka baginda suruh duduk setara dengan Tun Jana Buga Dendang, dan Benderang didudukkan setara dengan Badang. Maka titah baginda Seri Rakna Wikrama pada Tun Perpatih Pandak. "Apa lain pekerjaan tuan Hamba di­suruhkan saudara kita?" Maka sembah Tun Perpatih Pandak, "Patik dititahkan paduka adinda membawa patik itu Bende­rang tuanku, disuruh mencuba kuat dengan Badang. Jikalau Benderang alah, isi sebuah gedung dipersembahkan paduka adinda ke bawah duli tuanku; jikalau Badang pula alah, demi­kian juga tuanku. " Maka titah Seri Rakna Wikrama, "Baiklah, esok harilah kita adu bermain."

Setelah itu baginda pun berangkatlah masuk, dan segala yang mengadap masing-masing kembali­lah ke rumahnya. Maka Seri Rakna Wikrama pun menyuruh memanggil Badang; maka Badang pun datang mengadap. Maka titah baginda, "Esok hari Badang kita adu bermain dengan Benderang." Maka sembah Badang, "Tuanku, adalah akan Benderang pada zaman ini pahlawan gagah bukan barang­-barang perkasanya tuanku, telah masyhurlah pada segala negeri. Jikalau patik alah tiadakah duli tuanku malu? Pada fikir hati patik jikalau duli Yang Dipertuan hendak mengadu patik dengan dia, baik tuanku panggil pada malam ini Benderang itu, anugerahi ayapan supaya patik lihat kelakuannya. Jikalau patik dapat melawan dia patik lawanlah, tuanku; jikalau tidak terlawan oleh patik jangan patik diberi bermain dengan dia." Maka titah baginda, "Benarlah bicaramu itu."

Setelah hari malam, baginda pun menyuruh memanggil Benderang dengan Tun Perpatih Pandak dan segala temannya. Setelah ia datang mengadap, maka dianugerahi ayapan makan minum bersuka-sukaan. Adapun akan Benderang berHampir duduk dengan Badang; maka oleh Badang disesaknya Ben­derang, maka oleh Benderang ditindihnya pahanya dan di­tekannya sungguh-sungguh. Maka oleh Badang dibangkitnya pahanya, terangkat paha Benderang. Maka oleh Badang pula ditindihnya paha Benderang, maka oleh Benderang hendak diangkatnya pahanya, tiada terangkat. Adapun akan kelakuan Badang dengan Benderang itu, seorang pun tiada tau, melain­kan dianya berdua juga yang tau.

Setelah sejam lamanya, maka segala utusan itu pun mabuklah, sekaliannya bermo­honlah kembali ke perahunya, Adapun Tun Perpatih Pandak, setelah sampai ke perahu­nya, maka Benderang berkata pada Perpatih Pandak, “Jikalau dapat dengan bicara tuan Hamba, janganlah Hamba diadu dengan Badang itu; jikalau tiada terlawan oleh Hamba, kerana pada pemandangan Hamba, ia terlalu perkasanya." Maka kata Tun Perpatih Pandak, "Baiklah, mudah juga Hamba mem­bicarakan dia," Setelah itu maka hari pun sianglah. Setelah utusan Perlak habis balik. itu, maka titah Seri Rakna Wikrama kepada Badang, "Dapatkah engkau melawan Benderang itu?" Maka sembah Badang, "Tuanku, jikalau dengan daulat tuanku, dapat patik melawan dia, tuanku." Maka titah baginda, "Baiklah," seraya baginda berangkat masuk. Maka segala yang mengadap masing-masing kembali­lah ke rumahnya.

Dari pagi-pagi hari Seri Rakna Wikrama sudah keluar diadap orang, dan Tun Perpatih Pandak pula masuk mengadap. Maka titah baginda pada Tun Perpatih Pandak. "Seka­ranglah baik kita adu Badang dengan Benderang." Maka sembah Tun Perpatih Pandak, "Tuanku, pada bicara patik, janganlah ia kita adu, kerana jikalau alah salah seorang, takut menjadi mufarik tuanku dengan paduka adinda." Maka Seri Rakna Wikrama pun tersenyum mendengar sembah Tun Perpatih Pandak. Maka titah baginda, "Benarlah seperti kata Tun Perpatih itu." Maka Benderang pun dititahkan baginda merenangkan rantai terlalu besar, bersama-sama dengan Badang; disuruh bubuhkan di belakang Siram, supaya kapal tiada boleh lalu. Maka direntangkannyalah di belakang Siram; setelah itu keduanya dipersalin baginda. Maka Tun Perpatih Pandak pun bermohonlah kembali; maka Seri Rakna Wikrama pun memberi surat dan kiriman akan raja Perlak. diarak oranglah ke perahu, maka Tun Perpatih Pandak pun belayarlah kembali ke Perlak.

Setelah ia sampai ke Perlak, maka surat pun diaraklah oleh raja Perlak bergajah; dikepilkan di balai. Maka surat itu disambut, disuruh baca oleh baginda, setelah didengar baginda maka terlalulah sukacitanya raja Perlak mendengar bunyi surat itu. Maka baginda bertanya pada Tun Perpatih Pandak, "Oleh apa maka tiada jadi diadu Benderang dengan Badang?" Maka oleh Tun Perpatih Pandak segala perihal Benderang dengan Badang tatkala minum itu, semuanya dipersembah­kannya. Maka raja Perlak pun diam mendengar sembah Tun Perpatih Pandak itu.

Hatta berapa lamanya Badang pun mati­lah, ditanamkan orang di Buru. Setelah kedengaranlah ke benua Keling Badang sudah mati, maka dikirim oleh raja benua Keling nisan batu, inilah nisannya yang ada sekarang di Buru itu, Setelah berapa lamanya Seri Rakna Wikrama di atas kerajaan, maka baginda beranak dua orang lelaki dan seorang perempuan; yang lelaki itu Damia Raja namanya, terlalu baik parasnya dan sikapnya tiada berbagai pada zaman itu. Setelah sudah besar didudukkan baginda dengan anak Tun Perpatih Permuka Berjajar, Damia Puteri namanya; dan anakanda baginda yang perempuan didudukkan baginda dengan Tun Perpatih Tulus, anak Tun Perpatih Permuka Berjajar juga, terlalu berkasih-kasihan laki-isteri keempat anakanda baginda itu. Hatta berapa lamanya baginda Seri Rakna Wikrama di atas kerajaan, datanglah peredaran dunia, maka baginda pun mangkatlah; maka anakanda baginda Damia Rajalah naik raja menggantikan kerajaan ayahanda baginda.

Adalah gelar baginda di atas kerajaan Paduka Seri Maharaja. Maka isteri baginda Damia Puteri pun Hamillah; telah genap bulannya maka baginda pun berputeralah lelaki. Tatkala anak raja itu keluar, ditumpu oleh bidannya akan ulu baginda menjadi lembang sama Tengah, tinggi kiri kanan. Maka dinamai bagin­da Raja Iskandar Syah. Wallhu a'lamu bis-sauiab wa ilaihil­marji'u wal-ma 'ab.

Tiada ulasan: