Sultan Mahmud Syah Serba-Salah
Hatta berapa lamanya, maka isteri Sang Sura pun berkendak dengan Sang Guna. Maka Sang Sura pun tahu, lalu Sang Guna diadang.oleh Sang Sura. Adapun Sang Guna itu baik sikapnya, tegap sasa tubuhnya, akan Sang Sura kecil tubuhnya, hanya mersik lagi rincing. Setelah didengar oleh Sultan Mahmud akan perihal itu, maka baginda terlalu sayang akan Sang Guna; kerana Sang Guna pada ketika itu bukan barang-barang orang, ialah yang pertama mengadakan keris tempa Melaka, panjang Tengah tiga jengkal, tetapi Sultan Mahmud sangat kasih akan Sang Sura.
Maka tiadalah terbicara oleh baginda, lalu Sang Sura disuruh baginda panggil; maka Sang Sura pun datang, lalu dibawa baginda kepada tempat yang sunyi. Maka titah Sultan Mahmud pada Sang Sura, "Ada suatu kehendak hatiku padamu, adakah engkau beri atau tiadakah?" Maka sembah Sang Sura, "Jikalau ada kepada patik, patik persembahkan, tiada akan patik tahani; sedang otak.dalam kepala patik lagi duli tuanku empunya dia." Maka titah Sultan Mahmud, "Kudengar engkau konon hendak mengadang Sang Guna, jikalau ada kasihmu akan aku, kupinta kilah sekali ini kepadamu, jangan engkau mengadang Sang Guna.
"  Setelah Sang Sura mendengar titah demikianitu, maka disingsingnya tangan bajunya, seraya katanya, "Tuan hamba inilah tiada kawi rasa akan hamba, sedang kemaluan tuan hamba hari itu, bukankah hamba menghapuskan dia?" Maka titah Sultan Mahmud, "Jikalau apa sekalipun kehendakmu, yang engkau itu sedia, tiadalah kuberi mengadang Sang Guna; tetapi aku hukumkan Sang Guna, tiada kuberi ia keluar dari rumahnya berjalan kesana ke mari, dan bermain dengan segala sahabat handainya.
Jika ada kerjaku, serta ia kupanggil, lalu kusuruh pergi juga." Maka sembah Sang Sura, "Baiklah tuanku, yang mana titah duli Yang Dipertuan itu, tiadalah patik lalui, kerana patik hamba ke bawah duli Yang Maha Mulia; kerana hamba hu, jikalau tiada menurutkan kesukaan tuannya, bukanlah hamba namanya." Maka Sang Sura pun tiadalah jadi mengadang Sang Guna; tetapi akan Sang Guna tiada diberi baginda berjalan ke sana ke mari dan bermain sama muda-muda. Jikalau ada dititahkan barang ke mana, serta ia dipanggil, lalu disuruh pergi juga.
Apabila didengar Sultan Mahmud akan Sang Guna berdiri di luar pintunya juga, datanglah telangkai murka akan dia. Maka kata Sang Guna, "Daripada hamba dihukumkan demikian ini, baiklah hamba diikat, diserahkan pada Sang Sura, supaya dibunuhnya sekali." Wa'llahu a'lamu bi'l-sawab, wa ilaihi'l-marji'u wa'l-ma'ab . 237
Tiada ulasan:
Catat Ulasan