Isnin, 20 April 2015

SULALATUS SALATIN -1 TUN SERI LANANG

Menjunjung Titah Raja  

Wa ba'adahu adapun kemudian dari itu telah berkata fakir yang insaf akan lemah keadaan dirinya, dan singkat penge­tahuan ilmunya; dan pada suatu masa bahawa fakir duduk pada suatu majlis dengan Orang Besar-besar berSerida gurau. Pada antara itu ada seorang Orang Besar, terlebih mulianya dan terlebih besar martabatnya daripada yang lain.

Maka ber­kata ia kepada fakir, "Hamba dengar ada Hikayat Melayu dibawa oleh orang dari Goa; barang kita perbaiki kiranya dengan istiadatnya, supaya diketahui oleh segala anak cucu kita yang kemudian daripada kita, dan boleh diingatkan oleh segala mereka itu. Dan adalah beroleh faedah ia daripadanya."

Setelah fakir mendengar demikian, jadi beratlah atas anggota fakir allazi murakkabun 'ala jahlihi, Tun Muhammad namanya, Tun Seri Lanang timang-timangannva, Paduka Raja gelarannya, Bendahara, anak Orang Kaya Paduka Raja, cucu Bendahara Seri Maharaja, cicit Bendahara Tun Narawangsa, piut Bendahara Seri Maharaja, anak Seri Nara Diraja Tun Ali, anak baginda Mani Purindanqaddasallahu sirrahum, Melayu bangsanya, dari Bukit Si Guntang MaHaruiru, Malakat, negeri­nya Batu Sawar Darul 'I-salam.

Demikian katanya: "Tatkala  hijratul-nabiyi sallallahu 'alaihi wa sallama seribu dua puluh satu tahun, kepada tahun Dal, pada dua belas haribulan Ra­biulawal, kepada hari Khamis, waktu alduha, pada ketika syamsu, pada zaman kerajaan Paduka Seri Sultan Alau'd-Din Riayat Syah zillullahu fil-alam, anak Sultan 'Ala Jalla Abdul Jalil Syah, akhi Sultan Muzaffar Syah ibni Sultan Alau'd-Din 2 Ri'ayat Syah, ibni Sultan Mabmud Syah, cucu Sultan Alau'd­-Din Syah, cicit Sultan Mansur Syah, piut Sultan Muzaffar Syah, anak Sultan Muhammad Syah almarhum; Khalladallahu mulkahu wa sultanahu wa abbada 'adlahu wa ihsanahu. 

Sedang baginda bemegeri di Pekan Tua, * dewasa itulab datang ke­pada Hamba, ** Seri Narawangsa yang bernama Tun Bambang, anak Seri Akar Raja, Petani; menjunjungkan titab Yang Dipertuan di Hilir, Sultan Abdullab Ma'ayab Syah ibni Sultan Ala Jalla Abdul JaIil Syah, fainna syarafal-makan uial-zaman, Maka ia sesungguhnya kemuliaan tempat dan zaman, wa zainul-majalisi ahlul-iman; dan ia perhiasan segaIa keduduk­"an orang yang beriman; uumurul 'madarijal-ta'ati wal-ihsan; dan ia menerangi segaIa pangkat taat dan kebajikan: zayyada fadlahu wal-imtinan, dan ditambahi Allah Taala kiranya ia kemuraban dan kelebihan; wa abbada 'adldhu fisa'iril-buldan, dan dikekaIkan Allah kiranya ia dengan adilnya pada segala negeri, demikian bunyinya: Titah Yang Maha Mulia itu, "Bahawa beta minta diperbuatkan hikayat pada Bendahara peri persetua dan peri petuturan raja-raja Melayu dengan istia­datnya sekali; supaya diketahui oleh segala anak cucu kita yang kemudian daripada kita, diingatkannya oleh mereka itu; Syahadan beroleh faedahlah ia daripadanya.

" Setelah fakir allazi murakkabun 'ala jahlihimendengar titah Yang Maha Mulia itu*** maka fakir perkejutlah diri fakir pada mengusahakan dia, syahadan mohonkan taufik ke­hadrat Allah, Tuhan sani'il-'alam, dan minta huruf kepada nabi sayyidil-anam, dan minta  ampun kepada sahabat yang akram; maka fakir karanglah hikayat ini, Kama sami'tuhu min jaddi wa abi, supaya akan menyukakan duli hadrat ba­ginda.

Maka fakir namai hikayat ini "Sulalatus Salatin", yakni petuturan segala raja-raja, Hazihi durratul-akhbar, uial-amsal,inilah mutiara segala ceritera dan cabaya segala peri umpamanya. Maka barang siapa membaca dia, jangan dibicarakan dengan sempuma bicara; kerana hikayat ini tahu kamu akan perkataan sabda Nabi sallalahu alaihi wa sallam, "Tafakkaru fi alaillahi wala tafakkaru fi zatillah;" yakni bicarakan oleh-  mu segala kebesaran Allah, dan jangan kamu fikirkan pada zat Allah.

SULALATUS SALATIN-31

Peristiwa Rampas Kuasa

Maka Raja Kassim pun naiklah ke darat serta fikir dalam hati­nya, "Kepada siapa aku minta tolong ini? Jika demikian baik aku pergi kepada Seri Nara Diraja, kerana ia kasih akan aku, kalau-kalau mau ia menolong aku." Setelah demikian fikirnya maka Raja Kasim pun pergilah kepada Seri Nara Diraja. Maka segala kata Maulana itu semuanya dikatakannya kepada Seri Nara Diraja. Maka kata Seri Nara Diraja, "Baiklah, Hambalah menyertai tuanku."

Setelah sudah berteguh-teguhan kata, maka Seri Nara Diraja pun berlengkap menghimpunkan orangnya. Setelah hari malam, maka Raja Kasim pun naik gajah yang bernama Juru Demang; maka Seri Nara Diraja mengepalakan gajah Raja Kasim itu, dan Maulana Jalalu'd-Din pun ada bersama-sama. Maka segala orang kapal semuanya dibawanya naik dengan Senjatanya. Maka kata Raja Kasim pada Seri Nara Diraja, "Apa bicara tuan Hamba, jika Bendahara tiada serta dengan kita? Tiada akan hasil pekerjaan kita. Jikalau kita ajak pun masakan ia mahu." Maka kata Seri Nara Diraja, "Mudah juga pekerjaan itu pada Hamba, mari kita pergi pada . Bendahara."

Maka kata Raja Kasim, Baiklah, mana kata tuan Hambalah Hamba ikut." Maka pergilah keduanya kepada Bendahara. Setelah sampai di luar pagar Bendahara, maka kata Seri Nara Diraja, "Segera beritahu Bendahara, Yang Dipertuan menanti di luar." Maka segera diberi orang tahu pada Benda­hara mengatakan Yang Dipertuan ada berdiri di luar. Maka Bendahara pun segera keluar, berkeris pun tiada, berdestar pun di jalan, Adapun pada malam itu sangat kelam. Setelah datang Bendahara ke bawah gajah, maka gajah pun diderum­kan oleh Seri Nara Diraja seraya katanya kepada Bendahara, "Titah suruh naik." Maka Bendahara segera naik ke atas gajah; maka gajah itu pun berdiri, lalu berjalan. Maka dilihat oleh Bendahara, raja itu Raja Kasim, bukannya Sultan Abu Syahid; dan kilat Senjata pun terlalu banyak.

Bendahara pun hairanlah melihat perihal itu. Maka kata Seri Nara Diraja pada Bendahara, "Apa bicara tuan Hamba? Bahawa Raja Kasim hendak membunuh Raja Rekan." Maka Bendahara tiada berdaya lagi, lalu disahutnya, "Sukalah Hamba, kerana Raja Kasim pun teraula tuan kepada Hamba; selamanya pun Hamba hendak mengerjakan Raja Rekan itu." Maka Raja Kasim pun terlalu sukacita mendengar kata Bendahara itu. Maka baginda pun masuklah melanggar ke dalam. Orang pun gemparlah mengatakan Raja Kasim melanggar ke dalam; segala Orang Besar-besar dan hulubang sekalian pun datang mengusir Bendahara, sekalian mereka itu bertanya "Mana Bendahara?" sahut orang itu, "Bendahara pergi bersama-sama dengan Raja Kasim." Maka pada hati segala Orang Besar-besar itu. Bendaharalah yang empunya pekerjaan ini. Maka sekalian mereka itu pun mendapatkan Bendahara dan berser­talah dengan Raja Kasim. Maka dalam pun alahlah.

Akan Raja Rekan tiada bercerai dengan Sultan Abu Syahid. Maka kata Seri Nara Diraja, "Bahawa titah menyuruh merebut Sultan Abu Syahid, takut dibunuh oleh Raja Rekan." Maka orang berseru-seru melarang jangan menikam Raja Rekan dahulu. Maka tiada didengarkan oleh sekalian, kerana sangat sabur. Maka ditikam oranglah Raja Rekan terus-menerus. Setelah Raja Rekan merasai luka itu, maka ditikamnya Sultan Abu Syahid. Maka baginda pun syahidlah. Adapun umur baginda di atas kerajaan setahun lima bulan. Setelah Sultan Abu Syahid sudah mangkat, maka Raja Kasim pun masyghul akan adinda baginda itu, maka ditanamkanlah seperti adatnya.

Syahadan maka Raja Kasimlah menggantikan kerajaan adinda baginda. Maka baginda pun ditabalkan oranglah; ada­pun gelar baginda di atas kerajaan, Sultan Muzaffar Syah, Maka Maulana Jalalu'd-Din pun menuntut janjinya kepada baginda. Maka disuruh hiasi oleh baginda seorang dayang­-dayang yang baik rupanya dengan selengkap pakaian, lalu diberikan kepada Maulana itu dikatakan Puteri Rekan. Maka pada hati Maulana itu ialah Puteri Rekan, segera diambil nya lalu dibawanya ke atas angin.

Sebermula adalah Sultan Muzaffar Syah di atas kerajaan itu, terlalu baik budi pekerti baginda dengan adilnya dan murah serta ampun periksa dengan saksama pada mengasiha­ni rakyat baginda; dan bagindalah menyuruhkan membuat kitab undang-undang supaya jangan bersalahan lagi segala hukum menteri. Bermula akan Seri Nara Diraja terlalu sangat dikasihi baginda, barang suatu katanya dan sembahnya tiada dilalui baginda.

Arakian, maka Sultan Muzaffar Syah beristerikan anak Bendahara Seri Amar Diraja, baginda beranak seorang lelaki terlalu baik parasnya, dinamai baginda Raja Abdullah. Hatta maka Bendahara Seri Amar Diraja pun hilanglah, maka Tun Perpatih Sedang, anak Bendaharalah pula jadi Bendahara bergelar Bendahara Seri Wak Raja juga, tetapi sungguhpun jadi Bendahara sekadar nama sahaja, yang orang besamya Seri Nara Diraja juga; barang suatu katanya tiada dilalui raja,

Ada pada suatu hari Sultan Muzaffar Syah dihadap orang di balairung; setelah lamalah sudah baginda dihadap orang, maka Bendahara pun hendak masuk mengadap. Setelah datang di luar pintu maka Sultan Muzaffar Syah pun berangkat masuk, sebab lama sudah baginda duduk, tiada baginda tahu akan Bendahara datang itu, maka pintu pun tertutup ditiup oleh angin. Pada hati Bendahara, "Yang Dipertuan murka akan aku serta aku datang baginda berangkat masuk dan pintu pun ditutup orang." Maka Bendahara pun terlalu malu rasanya lalu kembali ke rumahnya makan racun,lalulah hilang. Maka dipersembahkan oranglah kepada Sultan Muzaffar Syah, mengatakan Bendahara mati; maka baginda pun ter­kejut mendengamya. Maka titah baginda, "Apa sebabnya maka Bendahara mati?" Maka dipersembahkan oleh Tun Indera Segara, sebab makan racun; Maka segala perihal ehwal­nya semuanya dipersembahkan kepada baginda. Maka Sultan Muzaffar Syah terlalulah dukacita, lalu berangkat pergi menanamkan Bendahara seperti istiadatnya.

Tujuh hari baginda tiada nobat oleh bercintakan Bendahara Seri Wak Raja. Setelah itu maka Seri Nara Dirajalah jadi Bendahara. Maka ada anak Bendahara Seri Wak Raja tiga orang, yang tua sekali perempuan Tun Kudu namanya; terlalu baik parasnya, maka diperisteri oleh Sultan Muzaffar Syah. Adapun yang dua orang itu le1aki, yang Tengah bernama Tun Perak, yang bongsu bernama Tun Perpatih Putih. Adapun Tun Perak tiada kena kerja raja, ia pergi duduk di Kelang beristeri di sana. Hatta berapa lamanya, maka orang Kelang pun menolak penghulunya, maka sekaliannya mengadap ke Melaka, hendak  mohonkan penghulu yang lain. Maka titah Sultan Muzaffar Syah, "Siapa pula kamu kehendaki akan jadi penghulu kamu itu?" Maka sembah orang Kelang, "Tuanku, jika ada ampuni duli Yang Maha Mulia, Tun Peraklah patik sekalian pohonkan akan jadi penghulu patik sekalian." Maka titah baginda, "Baiklah." Maka Tun Peraklah jadi penghulu orang Kelang itu. Wallahu a'lamu bissawab wa ilaihil-marji'u uial-ma'ab.

SULALATUS SALATIN-30

Istana di bawah Pengaruh Raja Rekan

Jenazah Sultan Muhammad Syah dinaikkan ke atas perarakan lalu ditabalkan; sudah itu maka Raja Ibrahlm pula ditabalkan. Setelah sudah maka jenazah diarak ke masjid dengan alat pawai dan bunyi-bunyian. Pertama berjalan dahulu dian; sudah itu orang menyelampai kain; sudah itu perasapan; sudah itu orang menyelampai tetampan; sudah itu maka perarakan keranda. Setelah datang ke masjid, disembahyang­kan di sana. Setelah itu maka anakanda baginda, Raja Ibrahim kerajaan menggantikan ayahanda baginda, gelar baginda Sultan Abu Syahid.

Tetapi baginda Raja Ibrahim itu budak, tiada ia hiraukan kerajaan; tiada lain pekerjaan baginda melainkan bermain bantak sama-sama dengan budak-budak banyak; itulah dibuat orang nyanyi: Mana Sultan Abu Syahid, Budak-budak bermain bantak; Tuan seorang dipandang baik, Bagai cincin kena permata. Maka Raja Rekanlah memangku Sultan Abu Syahid memerintahkan negeri Melaka. Maka negeri Melaka seperti terhukumlah oleh Raja Rekan. Akan Raja Kasim dinyahkan oleh Raja Rekan. Maka baginda diam pada si pengail, Sentiasa mengail ke laut. Adapun Raja Rekan seolah-olah ialah kera­jaan dalam negeri Melaka, kerana bonda Sultan Abu Syahid itu sepupunya, menjadi kuatlah ia.

Maka segala Orang Besar-­besar, para menteri, hulubalang semuanya datang pada Ben­dahara, berkampung mesyuarat. Maka kata segala Orang Besar-besar itu kepada Bendahara, "Apahal kita ini? Kerana sekarang Raja Rekanlah tuan kita, bukannya duli Yang Di­pertuan." Maka sahut Bendahara, "Apatah daya kita! Kerana Raja Rekan tiada pernah bercerai dengan Duli Yang Dipertuan." Setelah mendengar kata Bendahara itu, sekali­annya pun berdiam diri, lalu masing-masing kembali ke rumah.

Adapun Seri Nara Diraja bicara dalam hatinya akan pekerjaan itu. Raja Kassim dipersilakannya ke rumahnya; diberinya santap, kerana bonda Raja Kasim itu saudaranya. Hatta berapa lamanya, datanglah sebuah kapal dari atas angin. Setelah kapal itu berlabuh, maka segala nelayan pun datanglah berjual ikan kepada orang dalam kapal itu; maka Raja Kasim pun datang berjual ikan, melakukan dirinya seperti laku si pengail yang banyak itu.

Adapun dalam kapal itu ada seorang maulana, namanya Maulana Jalalu'd-Din. Setelah ia melihat Raja Kasim, maka segera disuruhnya naik dan diberinya hormat dengan sepertinya. Maka kata Raja Kasim "Mengapa maka tuan Hamba menghormatkan Hamba? Kerana Hamba ini si polan berjual ikan." Maka kata Maulana Jalalu'd-Din, "Bahawa engkau ini anak raja Melaka, engkau­lah kelak kerajaan dalam negeri ini." Maka kata Raja Kasim "Apa daya Hamba akan menjadi raja? Jika dengan tuah Maulana mahu menolong Hamba maka dapat Hamba akan jadi raja." Maka kata Maulana itu, "Pergilah tuan Hamba ke darat, cari orang yang dapat mengerjakan pekerjaan tuan Hamba. Insya-Allah Taala, hasillah pekerjaan tuan Hamba; tetapi suatu janji saya pinta pada tuan Hamba, Puteri Rekan, bonda Sultan Abu Syahid itu berikan Hamba." Maka kata Raja Kasim, "Baiklah, jikalau Hamba menjadi raja." Maka kata Maulana segeralah tuan Hamba naik ke darat, kerjakanlah oleh tuan Hamba malam ini; bahawa Allah subha nahu wa taala ada menyertai tuan Hamba. "

SULALATUS SALATIN-29

Membuang Diri Kerana Berkecil Hati

Alkisah maka tersebutlah perkataan ada sebuah negeri di benua Keling, Pahili namanya; Nizamu'l Muluk Akhbar Syah nama rajanya. Adapun raja itu Islam dalam agama Nabi Muhammad Rasulullah salla 'llahu 'alaihi wa-sallam, maka baginda beranak tidak orang, dua lelaki dan seorang perem­puan; yang tua Mani Purindan namanya, dan yang Tengah Raja Akbar Muluk Kud Syah namanya, yang perempuan, Damia Seri Wandi namanya. Maka Raja Nizamu'l Muluk Akbar Syah pun sudah hilang, maka anakanda baginda Raja Akbar Muluk Kud Syahlah kerajaan, menggantikan ayah­anda baginda. Maka baginda berbahagi pusaka tiga bersaudara, seperti dalam hukum Allah demikianlah diturutnya.

Datanglah kepada papan cuki emas bertatahkan permata, buahnya permata merah sebelah, permata hijau sebelah, Maka kata baginda Mani Purindan pada adiknya, Raja Akbar Muluk Kud Syah, "Cuki ini berikanlah kepada saudara kita yang perempuan, kerana bukan layak kita memakai dia," Maka kata Raja Akbar Muluk Kud Syah, "Tiada Hamba mau memberikan, yang kehendak Hamba kita nilaikan cuki ini; jika saudara kita itu hendakkan dia, diberikannya harganya pada kita." Maka baginda Mani Purindan pun malu rasanya, oleh katanya tiada diturut oleh saudaranya itu, Maka kata dalam hatinya, "Sedang pekerjaan ini lagi tiada diturutnya kata aku, jikalau pekerjaan yang lain betapa lagi? Jikademi­kian baiklah aku membuangkan diriku barang ke mana.Jika di sini pun bukan aku kerajaan dalam negeri ini. Ke mana baik aku pergi, melainkan ke Melakalah aku pergi, kerana raja Melaka zaman ini raja besar, patutlah aku menyembah, kerana baginda daripada anak cucu Raja Iskandar Zul­Karnain."

Setelah demikian fikir baginda Mani Purindan, maka baginda pun berangkatlah dengan beberapa buah kapal, lalu belayar hendak ke Melaka. Setelah datang ke Tanjung Jambu Air, maka angin pun turunlah terlalu kencang; maka kapal baginda Mani Purindan pun Tenggelam. Baginda Mani Purin­dan pun terjun ke air, terselimpang di belakang ikan alu-alu, maka lalu dilarikannya ke darat. Baginda Mani Purindan pun hendak naik mencapai segala anak kayu yang tumbang itu, semuanya merebahkan dirinya. Maka baginda berpaut pada pohon gandasuli, lalu naik ke darat berjalan dengan letihnya dan lapar serta dahaganya. Maka didengamya bunyi burung tekukur itu dilihatnya ada. Setelah dekat maka burung tekukur itu terbang, diikutnya pula; apabila baginda Mani Purindan berhenti, tekukur itu pun ikut berhenti.

Diceriterakan yang empunya ceritera, ada dua hari dua malam baginda Mani Purindan mengikut tekukur itu, apabila ia berhenti tekukur itu pun berhenti, dengan demikian maka teruslah ke bendang orang. Sebab itulah dipersumpahkan oleh baginda Mani Purindan - segala anak cucunya tiada boleh makan ikan alu-alu; tiada boleh bermain burung tekukur dan memakai bunga gandasuli. Hatta beberapa lama maka sampailah baginda Mani Purin­dan ke negeri Pasai. Setelah didengar oleh Raja Pasai ia anak raja benua Keling, maka didudukkannya dengan anaknya. Daripada anak cucunyalah pancar raja dan bendahara Pasai itu. Setelah berapa lamanya ia di Pasai, maka baginda Mani Purindan pun kembali ke benua Keling, berlengkap kapal.

Apabila musim telah datang maka ia pun belayar pula ke Melaka dengan alat dan lasykamya; penghulu lasykamya bernama Khoja Ali Tandil Muhammad, dengan tujuh buah kapal sertanya. Setelah datang ke Melaka lalu mengadap Sultan Muhammad Syah; maka didudukkan baginda setara menteri. Setelah itu maka diambil oleh Seri Nara Diraja akan menantu, didu­dukkannya dengan Ratna Sandari. Baginda Mani Purindan beranak dua orang lelaki, yang tua bernama Tun Ali, yang perempuan bernama Tun Ratna Wati, terlalu baik parasnya. Setelah besar maka diperisteri oleh Sultan Muhammad Syah, beranak seorang lelaki bernama Raja Kassim. Kemudian baginda beristeri akan anak raja Rekan, beranak pula seorang lelaki bernama Raja Ibrahim, maka dialah dirajakan baginda menurutkan kehendakRaja Perempuan; akan tetapi Sultan Muhammad Syah kasih juga akan anakanda baginda Raja Kassim, daripada malu baginda akan Raja Perempuan di­turutkan bagindalah kehendaknya; maka barang laku Raja Ibrahim itu dibenarkan oleh baginda. Adapun Raja Kassim, jika terambil sirih orang secarik pun dimurkai baginda, akan Raja Kassim terlalu baik budinya, maka segala Orang Besar­-besar dan rakyat pun sekaliannya kasih akan Raja Kassim dan benci akan Raja Ibrahlm.

Hatta Raja Rekan pun datang mengadap ke Melaka, maka sangat dipermulia oleh Sultan Muhammad Syah, kerana Raja Perempuan itu saudara sepupu kepada Raja Rekan. Adapun Raja Rekan itu anak Sultan Sidi, saudara Sultan Sujak. Apabila Raja Rekan akan masuk mengadap, orang menitir gendang ria, sekalian orang berkampung. Itulah maka diper­buat orang pantun: Gendang ria dapat berbunyi, Raja Rekan masuk mengadap Orang kaya apa disembunyi Dendam sahaya dapat berdapat. Maka Raja Rekan itu didudukkan baginda tara Bendahara; apabila makan ke bawah. Maka sembah segala hulubalang Rekan kepada rajanya, "Mengapakah kita seperti ayam? Tidur di bumbungan, makan ke bawah rumah; baiklah ber­mohon sekali-sekali." Maka Raja Rekan itu bermohonlah duduk di bawah Bendahara. Maka titah Sultan Muhammad Syah, "Baiklah." Maka jadinya Raja Rekan duduk di bawah Bendahara.

Hatta berapa lamanya Bendahara Seri Wak Raja pun  kembalilah ke rahmat Allah. Maka Seri Amar Diraja pula jadi Bendahara. Adapun Bendahara Seri Amar Diraja itu daripada anak cucu Raja Muda Singapura asalnya; jadi Bendahara itu anak saudara sepupu juga pada Seri Nara Diraja, ada ia beranak seorang perempuan. Akan baginda Mani Purindan pun sudah hilang; anaknya yang bernama Tun Ali itu diambil oleh Bendahara Seri Amar Diraja akan menantu. Seri Nara Diraja pun sudah hilang, cucunya yang bernama Tun Ali, anak baginda Mani Purindan pula jadi Penghulu Bendahari menggantikan nindanya bergelar Seri Nara Diraja juga. Setelah enam puluh tujuh tahun lamanya Sultan Muhammad Syah di atas kerajaan, datanglah pada peredaran dunia, maka baginda pun kembalilah ke rahmat Allah Taala, kalu inna li'llahi wa inna ilaihi raji'un.

Maka dikerjakan oleh segala Orang Besar-besar seperti adat kerajaan, diperbuatnya raja-diraja berulas kekuningan. Maka segala alat dinaikkan ke atas raja-diraja; orang menyelampai enam belas buah raja­ diraja; dan perasapan enam belas raja-diraja; empat orang pada satu raja-diraja dan diannya enam belas raja-diraja; orang yang menyelampai tetampan enam belas raja-diraja; derma emas perak di ceper dengan beras-kunyit empat raja-diraja; derma kain berkudi-kudi empat raja-diraja.

SULALATUS SALATIN-28

Susunan Tertib Adat Istiadat Diraja

Adapun apabila raja dihadap orang di balairung, maka Benda­hara dan Penghulu Bendahari dan Temenggung, dan segala menteri dan Orang Besar-besar, segala sida-sida duduk di seri balai; maka segala anak raja-raja itu duduk dikelek-kelekan balai kiri kanan, dan segala sida-sida yang muda-muda duduk diselang-selang antara Bentara, dan hulubalang muda-muda berdiri di ketapakan balai memikul pedang, dan kapala ben­tara yang di kiri itu, daripada anak cucu menteri yang patut akan menjadi Bendahara dan Penghulu Bendahari dan Temeng­gung; dan kepala bentara yang di kanan itu, daripada anak cucu hulubalang yang akan patut jadi Laksamana dan Seri Bija Diraja; dan barang siapa bergelar Sang Setia bakal Seri Bija Diraja, dan barang siapa bergelar Sang Guna bakal Lak­samana, dan barang siapa bergelar Tun Pikrama bakal Benda­hara.

Syahadan jika menjunjung duli, dahulu kepala bentara yang empat lima orang itu daripada sida-sida yang duduk di Seri balai itu, melainkan segala menteri yang besar-besar. Ada­pun nakhoda Cempa yang pilihan duduk di seri balai; maka segala anak tuan-tuan yang bersahaja-sahaja duduk di selasar balai. Adapun segala perkakas raja, seperti ketur dan kendi, kipas dan barang sebagainya diselang-selang duduknya; me­lainkan puan dan pedang dikelek-kelekan kiri dan kanan; pedang kerajaan itu, Laksamana atau Seri Bija Diraja memi­kul pedang itu. Dan apabila utusan datang atau pergi, ceper dan kerikal dibawa hamba raja dari dalam, maka disambut oleh kepala bentara yang di kanan, kerikal itu diletakkan had Bendahara. Maka ceper dan tetarupan diberikan pada orang yang mem­bawa surat.

Jika surat dari Pasai atau dari Haru, dijemput dengan selengkap alat kerajaan: gendang, serunai, nafiri, nagara, payung putih dua berapit; melainkan mendeli juga yang tiada pergi menjemput itu; dan menteri mengepalakan gajah, dan bentara di buntut gajah; sida-sida membawa surat dengan penghulu biduanda kecil; dan gajah dikepilkan di hujung balai, kerana raja dua buah negeri itu sama besamya dengan raja Melaka, tua muda sekaliannya berkirim salam jua. Telah datang ke balai, maka surat disambut oleh hulu­balang asal, yakni kepala bentara yang dari kanan; kepala bentara yang dari kiri menyampaikan titah raja kepada utus­an, kepala bentara yang di kanan menyampaikan sembah.

Dan jika surat dari negeri lain, dikurangkan hormatnya dari­pada itu, sekadar gendang serunai sahaja, dan payung kuning juga; dan jikalau patut bergajah, bergajah; dan jikalau patut berkuda, berkuda; maka diturunkan di luar pintu yang di luar sekali. Jika raja itu terbesar sedikit, diberi bernafiri dan payung, satu putih, satu kuning; Gajah diderumkan di dalam pintu yang di luar, kerana dahulukala pintu itu tujuh lapis. Bermula utusan itu, jika akan pulang, dipersalini adatnya, dan jika utusan Rekan sekalipun, dipersalin juga; dan jika utusan kita akan pergi pun dipersalin juga adatnya. Jika baginda menggelar orang, maka raja dihadap orang di balairung, orang beradat. Maka dijemput orang itu: jika "Perserian ", Orang Besar-besar menjemput dia; jika "Per­sangan", orang kecil menjemput dia; jika "Pertuanan" orang sedang menjemput dia; dan jika orang bergelar itu patut bergajah, dibawakan gajah; yang patut berkuda, dibawakan kuda; dan jikalau tiada patut bergajah dan berkuda, dibawa berjalan dengan bingkisan, dengan payung dan gendang se­runai, tetapi payung itu, ada hijau, ada yang biru, ada yang merah, dan sebesar-besamya payung kuning; dan payung putih dengan nagara itu mahal adanya, sebaik-baiknya nafiri. Dan payung kuning itu payung anak raja-raja dan orang besar-besar; dan payung ungu dan merah dan hijau itu payung sida-sida dan ben tara hulubalang sekalian. Adapun payung  biru dan hitam itu akan payung barang orang bergelar juga. Telah orang bergelar itu datang ke dalam, maka dihenti­kan di luar, maka ciri yang amat indah-indah bunyinya di­bacakan orang di hadapan raja.

* Daripada anak cucu Batala itulah yang membaca ciri itu. Telah sudah ciri itu dibaca, maka dibawa orang keluar; adapun yang menyambut ciri itu daripada kaum keluarga orang bergelar itu juga, maka dibawalah masuk; maka dibentangkan tikar barang di mana dikehendaki raja, supaya kemudian pun di sanalah dia duduk. Maka datanglah persalin; jika akan jadi Bendahara, lima ceper persalinannya; baju seceper, kain seceper, destar seceper, sebai seceper, ikat pinggang seceper; jikalau anak raja-raja dan para menteri cateria empat ceper juga, ikat pinggang tiada; jikalau bentara sida-sida hulubalang tiga ceper; kain seceper, baju seceper, destar seceper, ada yang semuanya sekali seceper, ada yang tiada berceper, kain, baju, destar di biru-biru sahaja, maka diampu oleh Hamba raja, datang pada orang bergelar itu disampaikan di lehemya. Maka dipeluk oleh orang itu lalu dibawanya keluar.

Dan jika persalin utusan, demikian juga adatnya, masing-masing pada patutnya. Setelah datang persalinan, maka orang bergelar itu keluar bersalin, sudah bersalin masuk pula, maka dikenakan orang patam dan pontoh, kerana orang bergelar itu semuanya ber­pontoh, tetapi masing-masing pada patutnya; ada yang ber­pontoh bemaga dengan penangkal dan azimat, ada yang ber­pontoh Permata, ada yang berpenyangga sahaja, ada yang ber­pontoh perbuatan khalkah biru, ada yang berpontoh perak; dan yang bertimbalan, ada yang sebelah. Setelah sudah, maka ia menjunjung duli lalu pulang, disuruh hantar pada siapa patut, atau orang yang menjemput itu juga menghantari, diarak; ada yang bergendang serunai sahaja, ada yang bernafiri, ada yang bernagara, ada yang berpayung putih, tetapi mahal adanya payung putih dan nagara itu; sedang payung kuning dan nafiri lagi susah diperoleh pada zaman itu.

Syahadan apabila raja berangkat hari raya berusung, Penghulu Bendahari memegang kepala usungan yang di kanan, dan yang di kiri Laksamana, dan di belakang itu Menteri keduanya memegang dia, dan pada rantai dekat kaki raja.

*Lihat Ciri Istiadat Berunai di bahagian Lampiran.

Seri Bija Diraja memegang dia; dan bentara, hulubalang berjalan dahulu di hadapan raja, masing-masing dengan jawatannya. Segala alat kerajaan dibawa orang berjalan di hadapan raja, tombak kerajaan sebatang dari kiri dan sebatang dari kanan; di hadapan raja segala bentara memikul pedang, dan di hadap­an sekali segala orang yang berlembing. Adapun jogan di hadapan raja, dan di hadapannya gong gendang dan segala bunyi-bunyian, negara dari kanan, nafiri dari kiri; jikalau berjalan, lebih kanan daripada kiri; dan pada kedudukan, lebih kiri daripada kanan.

Demikian lagi ketika mengadap nobat pun demikian juga; orang yang berjalan di hadapan raja itu, barang yang kecil dahulu. Adapun tombak berjajar dan segala pawai dahulu sekali, dan pelbagai bunyi-bunyian serba jenis sekaliannya dahulu. Adapun Bendahara berjalan di belakang raja dengan kadi dan pakeh, segala Orang Besar-­besar dan segala menteri yang tua-tua. Bermula jika raja bergajah, Temenggung di kepala gajah, Laksamana atau Seri Bija Diraja di buntut, bentara memikul pedang kerajaan.

Adapun jika mengadap nobat, barang Orang Besar-besar dari kiri gendang; barang orang keci1 dari kanan gendang. Adapun yang kena sirih nobat pertama Bendahara dan anak raja-raja, dan Penghulu Bendahari, dan Temenggung, dan Menteri keempat, dan kadi, dan pakeh, dan Laksamana, Seri Bija Diraja, dan sida-sida yang tua-tua, dan barang siapa yang dikehendaki raja, dan cateria, itu pun jikalau ada Ben­dahara mengadap nobat; jikalau tiada Bendahara, tiadalah bersirih puan itu, jika ada anak raja-raja sekalipun.

Sebermula apabila raja bekerja, Penghulu Bendaharilah yang memerintahkan dalam, dan menyuruhkan penghulu balai menghiasi balai dan membentang tikar, dan menggan­tung tabir dan langit-langit, dan melihati makanan orang, dan mengunjung orang, memanggil orang, kerana hamba raja, dan segala bendahari raja, dan segala yang memegang hasil negeri raja, dan syahbandar sekalian dalam kira-kira Penghulu Bendahari belaka. Maka Penghulu Bendaharilah menyuruh memanggil orang, dan akan Temenggung mengatur orang makan di balai. Maka orang makan itu berhad, hanya empat sehidangan, terus lalu ke bawah; demikian juga jika teman­nya makan itu tiada seorang, tinggal tiga; jika tiada dua, tinggal dua; jika tiada tiga, tinggal seorang, makan juga ia; tiada dapat yang di bawah itu naik menggenapi di tempat yang di atas. Adapun Bendahara makan seorangnya sehi­dangan dengan anak raja. Demikianlah istiadat pada zaman Melaka; banyak lagi lain dari itu, jikalau dikatakan semuanya nescaya bimbang hati orang yang mendengar dia.

Syahadan jika malam dua puluh tujuh, tatkala pada siangnya mengarak sejadah ke masjid, Temenggung menge­palakan gajah; maka puan dan segala alat kerajaan dan gen­dang, semuanya diarak dahulu ke masjid. Setelah malam maka raja berangkat seperti adat hari sembahyang terawih, sudah itu berangkat kembali. Setelah esok. harinya maka Laksamana mengarak serban, adat raja-raja Melayu berangkat ke masjid berTengkolok berbaju sarong, itulah yang jadi larangan pada orang kahwin; barang siapa yang dikumiai maka beroleh memakai dia; dan memakai cara Keling itu pun larangan lagi, melainkan barang siapa sedia pakaian, dapatlah dipakainya sembahyang dan kahwin.

Tatkala hari raya kecil atau besar, maka Bendahara dan segala Orang Besar-besar sekaliannya masuk berkampung ke dalam; usungan pun diarak oleh Penghulu Bendahari masuk. Setelah melihat usungan, maka segala orang yang duduk di balai habis turun berdiri, beratur bersaf-saf, maka "gendang adi-mula" pun dipalu oranglah tujuh ragam; pada seragam nafiri berbunyi. Setelah genaplah tujuh kali, maka raja pun berangkatlah keluar bergajah diarak ke istana. Setelah mereka melihat raja, sekaliannya duduk di tanah, maka usungan pun terkepillah di astaka, maka Bendahara naik ke astaka menyam­but raja naik ke atas usungan, lalu berangkat ke masjid seperti yang tersebut dahulu itu. Adapun tatkala orang mengadap nobat ada hari bulan Ramadan atau Syawal, setelah rata beratur sekalian hulubalang di kiri kanan gendang, jikalau ada Raja Muda mengadap nobat, maka dipersilakan oleh bentara Raja Muda itu berdiri di atas permaidani. Setelah itu nafiri pun berbunyi tiga kali, maka sida-sida keluar di dalam, disambut bentara. Itulah istiadat raja-raja Melayu dahulukala, barang yang pen­dengaran sinda itulah sinda katakan.

Kata rawi, bahawa Sultan Muhammad Syah selama di atas kerajaan, terlalu sekali adil baginda pada memeliharakan segala manusia. Maka negeri Melaka pun besarlah, dan jajahannya pun makin banyaklah; yang arah ke barat hingga Bernas Ujung Karang, arah ke timur hingga Terengganu. Maka masyhurlah pada segala negeri dari bawah angin datang ke atas angin bahawa negeri Melaka terlalu besar, lagi dengan makmumya; dan rajanya daripada bangsa Raja Iskandar Zul­ Karnain; dan pihak Raja Nusyirwan Adil, raja masyrik magh­rib; pancaran Nabi Sulaiman 'alaihi s-salam. Maka segala raja-raja sekaliannya datang ke Melaka mengadap baginda. Segala raja-raja itu dihormati baginda, dan dipersalin baginda dengan pakaian yang mulia-mulia. Maka segala dagang bawah angin dan dagang atas angin sekaliannya datang ke Melaka, terlalulah ramainya bandar Melaka pada zaman itu. Maka oleh segala dagang Arab dinamainya Malakat, yakni perhlm­punan segala dagang, dari kerana banyak pelbagai jenis dagang ada di sana; tambahan segala Orang Besar-besamya punsangat saksama, Wallahu a'lamu bis-sawab wa ilaihil­marji'u wal-ma 'ab.

SULALATUS SALATIN-27

Kedatangan Islam ke Melaka

Maka dayang-dayang pun pergi memberitahu Bendahara. Maka Bendahara pun segera datang, lalu masuk ke dalam istana. Maka dilihat Bendahara raja tiada berhenti-henti daripada me­nyebut "La ilaha i'l Allah. Muhammad-ar-rasulullah." Maka kata Bendahara, "Bahasa mana yang disebut raja ini?" Titah raja, "Semalam beta mimpi berpandangan dengan keelokan hadrat junjungan, Rasulullah salla 'llahu 'alaihi wa salam. Maka segala mimpi baginda itu semuanya dikatakannya pada Ben­dahara. Maka kata Bendahara, "Jikalau benar mimpi raja itu apa alamatnya?" Maka titah Raja Kecil Besar, "Alamatnya kalam beta seperti dikhatankan orang, itulah tanda sah Hamba bertemu dengan Rasulullah salla 'llahu 'alaihi wa salam: dan sabda Rasulullah pada Hamba, Asar sekarang datang sebuah kapal dari Jeddah, turun orangnya di pantai Melaka itu sem­bahyang; hendaklah turut olehmu barang katanya."

Maka Bendahara pun hairanlah melihat kalam baginda seperti di­khatankan orang. Maka kata Bendahara, ''Jikalau sungguh datang kapal asar ini, benarlah mimpi raja itu; jikalau tiada, bahawa syaitanlah mengharu raja ini." Maka titah baginda, "Benar seperti kata bapa Hamba, Bendahara itu." Maka Bendahara pun kembalilah ke rumahnya. Setelah hari pun asarlah, maka datanglah sebuah kapal dari Jeddah, serta ia datang berlabuhlah; maka turunlah makh­dum dari dalam kapal itu, Syed Abdul Aziz namanya, lalu ia sembahyang di pantai Melaka itu. Maka hairanlah segala orang Melaka melihat dia. Maka kata segala orang itu, "Meng­apa orang itu tunggang-tunggik?" Maka berebutlah orang. yang melihat itu; sesak, penuh tiada bersela lagi, dan haru-­birulah bunyinya sampai ke dalam.

Maka raja pun segeralah naik gajah, lalu berangkat keluar diiringkan oleh segala Orang Besar-besar. Maka dilihat raja kelakuan makhdum sembahyang itu nyatalah seperti yang di dalam mimpinya itu. Maka titah raja kepada Bendahara dan pada segala Orang Besar-besar, "Nyatalah demikian seperti dalam mimpi kita itu,” Setelah sudah makhdum itu sembahyang, maka raja pun menderumkan gajahnya. Makhdum dibawa baginda naik gajah, lalu dibawa baginda masuk ke dalam negeri. Maka segala Orang Besar-besar semuanya masuk Islam; sekalian isi negeri lelaki perempuan, tua muda, kecil besar sekaliannya masuk Islam dititahkan baginda.

Maka raja pun bergurulah pada Makhdum akan tertib sembahyang, baginda digelarnya seperti sabda nabi salla 'llahu 'alaihi wa salam - Sultan Muhammad Syah. Adapun Bendahara bergelar Seri Wak Raja, yakni bapa tua raja, kerana Bendahara itu ayah - yang salah tak menjadikan - kepada baginda; itulah pertama-tama bergelar Bendahara. Raden Anum menjadi Perdana Menteri, bergelar Seri Amar Diraja; Tun Perpatih Besar, anak Tun Perpatih Permuka Ber­jajar,* yang pertama jadi Bendahara; anak Seri Teri Buana, yang bernama Raja Kecil Muda, jadi Penghulu Bendahari, bergelar Seri Nara Diraja, maka ia beristerikan anak Benda­hara, beranak seorang perempuan bernama Tun Rana Sandari. Maka Sultan Muhammad pun mengatur takhta kerajaan ba­ginda.

Syahadan bagindalah yang pertama-tama meletakkan "ke­kuningan larangan"; tidak dapat dipakai orang keluaran, dan diambil akan sapu tangan; dan tiada dapat dibuat tepi tabir dan ulasan bantal besar dan tilam, dan bungkus barang apa­-apa, dan akan karang-karangan benda; dan tiada dapat di­ambil akan perhiasan rumah; dan lain daripada itu pun tiada juga dapat, melainkan kain, baju, dan destar, tiga perkara itu jua yang dapat dipakai. Dan larangan berbuat rumah berman­jungan bertiang gantung, tiada terletak ke tanah; dan bertiang terus dari atap, dan peranginan; danjikalau perahu, bertingkap berpenghadapan, dan tidak dapat orang memakai penduk dan teterapan keris; sebesar-besar orang keluaran tiada dapat ber­gelang kaki emas, dan jikalau berkeronsong emas berkepala perak tiada boleh.

*Di sini naskhah A tertinggal beberapa halaman.

Bermula segala orang yang beremas, bagaimana sekalipun kayanya, jikalau tiada dianugerahi raja tiada boleh dipakai, apabila sudah dianugerahi barang sekali jua pun, dapatlah dipakai selama-lamanya. Dan jikalau orang masuk ke dalam jika tiada kain berpancung, dan berkeris di hadapan, dan bersebai, tiada dapat masuk, barang siapa pun baik; dan apabila berkeris di belakang masuk ke dalam, dirampas oleh penunggu pintu. Maka inilah dahulu kala larangan raja Melayu, barang siapa melalui dia salah ke bawah duli, hukumnya didenda pati, yakni sekati lima. Bermula payung putih itu tampak dari jauh, sebab itulah maka payung putih lebih daripada kuning; dan pakaian raja payung putih, dan pakaian anak raja payung kuning.

SULALATUS SALATIN-26

Membuka Negeri Melaka

Maka Raja Iskandar Syah pun berjalan balik membaruh, lalu terus kepada sebuah sungai, Bertam namanya; dan kualanya berbukit. Maka baginda pun datanglah ke sana, berhenti di bawah sepohon kayu, terlalu rampak, maka baginda menyuruh berburu; sekonyong-konyong terjun anjing dihambat pelanduk. Titah baginda "Baik tempat ini diperbuat negeri, anjing alah oleh pelanduk; jikalau orangnya betapa lagi?" Maka sembah segala Orang Besar-besar, "Benarlah seperti titah duli tuanku itu." Maka disuruh baginda tebas, diperbuat negeri. Maka titah baginda, "Apa nama kayu itu?" Maka sembah orang, "Kayu Melaka namanya, tuanku," Maka titah Raja Iskandar Syah, "Jika demikian, Melakalah nama negeri ini." Maka kota negeri Melaka sudahlah diperbuat orang se­kalian, diamlah baginda di Melaka.

Adapun baginda di Singa­pura tiga dua tahun, Singapura pun alah oleh Jawa; baginda semayam di Melaka tiga tahun, maka datanglah per­edaran dunia, baginda pun mangkat. Anakanda baginda Raja Mudalah kerajaan menggantikan ayahanda baginda, terlalu adil perintah baginda itu. Maka Raja Mudalah memerintahkan istiadat takhta kerajaan baginda. Bagindalah yang pertama berbuat menteri empat orang di balai mengajari orang; mengadakan bentara empat puluh berdiri diketapakan akan men­junjungkan titah raja, dan menyampaikan barang sesuatu sembah orang ke bawah duli raja, dan bagindalah yang menjadikan Anak Tuan-tuan biduanda kecil, dijadikan suruh-suruh­an raja dan membawa segala alat raja barang sebagainya.

Hatta, berapa lamanya maka baginda beranak tiga orang lelaki, seorang bernama Raden Bagus, seorang bernama Raja Tengah, dan seorang bernama Raden Anum; ketiga-tiganya beristerikan anak Bendahara Tun Perpatih Tulus. Setelah Tun Perpatih Tulus hilang, maka Raden Baguslah jadi Ben­dahara, gelarnya Tun Perpatih Permuka Berjajar. Maka datang­lah pada peredaran dunia, Raja Besar Muda pun mangkatlah; maka anakanda baginda Raja Tengahlah kerajaan mengganti­kan ayahanda baginda. Baginda beranak seorang lelaki bernama Raja Kecil Besar.

Setelah datanglah pada peredaran dunia, maka Raja Tengah pun mangkatlah. Maka anakanda baginda, Raja Kecil Besarlah kerajaan, menggantikan ayahanda baginda. Terlalulah adil saksama baginda pada memeliharakan segala rakyat, seorang pun tiada raja-raja dalam alam ini se­pertinya pada zaman itu, lagi dengan murahnya. Maka negeri Melaka pun besarlah, lagi dengan makmurnya; segala dagang pun berkampung. Baginda beristerikan anak Tun Perpatih Permuka Berjajar, beranak dua orang lelaki, seorang bernama Raja Kecil Lambang, dan seorang bernama Raja Mahkota.

Setelah berapa lamanya baginda di atas kerajaan, maka baginda bermimpi pada suatu malam, berpandangan dengan keelokan hadrat nabi mustaffa Rasulullah salla'llahu' 'alaihi wa salam. Maka sabda Rasulullah pada Raja Kecil Besar, "Ucap olehmu: Asyhadu alla ilaha i'l Allah wa asyhadu anna Muhammad-ar-rasulullah." Maka oleh Raja Kecil Besar seperti sabda Rasulullah salla'llahu 'alaihi wa salam itu diturutnya. Maka sabda Rasulullah kepada Raja Kecil Besar, “Adapun namamu Sulltan Muhammad Syah.

Esok hari apabila asar matahari, datanglah sebuah kapal dari Jeddah, turun orang­nya sembahyang di pantai Melaka ini, hendaklah engkau ikut barang katanya." Maka sembah Raja Kecil Besar, "Baiklah tuanku, yang mana sabda junjungan itu tiada Hamba lalui." Maka nabi salla 'llahu 'alaihi wa salam pun ghaiblah. Setelah hari siang, maka Raja Kecil Besar pun terkejut dari beradu, maka dicium baginda tubuhnya bau narawastu, dan dilihat baginda kalamnya pun seperti sudah dikhatankan. Pada hati Raja Kecil Besar, "Bahawa mimpi aku ini. Asyhadu alia ilaha i'l Allah wa asyhadu anna Muhammad-ar-rasulullah." Maka segala orang pun datanglah ke dalam istana baginda; sekaliannya pun hairan mendengar yang disebut raja itu, Maka kata raja perempuan, "Entah kena syaitankah raja ini, atau gilakah raja ini gerangan? Baik segera memberitahu Bendahara."

SULALATUS SALATIN-25

Raja Iskandar Berlepas ke Darat

Maka raja dengan segala para menteri hulubalang, sida-sida bentara sekalian pun berlepaslah dibawa rakyat ke Seletar, lalu berjalan ke darat mengiringkan baginda. Maka Jawa pun kembalilah dengan kemenangannya. Adapun akan Sang Rajuna Tapa, dengan takdir Allah Taala menunjukkan kuasa-Nya, baharu hendak mengambil beras, tiba-tiba rengkiang beras itu pun berbalik, jatuh ke parit, kaki tiangnya ke atas dan bumbungnya ke bawah; Sang Rajuna Tapa pun jatuh tersung­kur di Tengah parit itu, laki bini menjadi batu; ada datang sekarang dengan beras itu.

Sebermula Raja Iskandar Syah berjalan itu datang Hampir hulu Muar, bertemu suatu tempat yang baik. Maka baginda berhenti berbuat tempat dengan pagarnya, akan berbuat negeri. Apabila malam hari, datanglah biawak terlalu banyak  beribu-ribu. Setelah hari siang dibawa orang ke air, apabila malam datang pula berlaksa-laksa, serta siang hari di pandang orang banyak pula, maka dibunuh orang dibuangkan ke air, dan apabila malam datang pula berganda, dibunuhi orang menjadi busuklah tempat itu tiadalah terhidu bau busuknya; maka itulah tempat itu dipanggil orang "Biawak Busuk", datanglah sekarang.

Maka Raja Iskandar Syah pun berjalanlah dari sana. Ada­pun baginda berjalan itu mendarat, berapa hari antaranya terus hampir ke Simpang Ujong, maka dilihat baginda tempat itu baik, lalu disuruh tebas, dibuat kota di sana, apabila malam menjadi buruk, maka dinamai "Kota Buruk ", datang sekarang disebut orang tempat itu Kota Buruk. Baginda berjalan dari sana terus ke Seriing Ujong, dipandang baginda tempat itu terlalu baik; maka ditinggalkan baginda seorang menteri di sana. Itulah sebabnya, datang sekarang Seriing Ujong itu ber­menteri.

SULALATUS SALATIN-24

Akibat Khianat, Singapura Dialahkan Majapahit

Sebermula ada seorang bendahari Raja Iskandar Syah, Sang Rajuna Tapa namanya; asalnya orang Singapura, ada dengan pedayangan Palembang beranak seorang perempuan, terlalu baik rupanya; dipakai oleh Raja Iskandar Syah, terlalu kasih baginda. Maka oleh gundik-gundik yang lain difitnahkan ber­buat jahat. Maka Raja Iskandar Syah pun terlalu sangat murka, lalu disuruh baginda percanggaikan di hujung pasar. Maka Sang Rajuna Tapa pun terlalu amat malu melihat anaknya itu. Maka katanya, "Jika sungguh sekalipun anak Hamba berbuat jahat, bunuhlah ia; mengapakah diberi malu demikian?"

Hatta, maka Sang Rajuna Tapa pun berkirim surat ke Majapahit, demikian bunyinya, "Sang Rajuna Tapa. bendahari Raja Singapura empunya sembah kepada Betara Majapahit, jikalau Betara hendak mengalahkan Singapura, segeralah datang; Hamba ada belot dalam negeri." Setelah Betara Majapahit mendengar bunyi surat bendahari Singapura itu, maka baginda pun segera menyuruhkan berlengkap tiga ratus jong, lain daripada banting dan jongkong, kelulos, tiada berbilang lagi; dua keti rakyat Jawa yang pergi itu. Setelah angin musim bertiup, maka Demang Mangku Negara pun belayarlah sekaliannya menyeberang, dialah pang­limanya. Berapa lamanya di jalan, maka sampailah ke Singa­pura. Tiada sempat orang Singapura mengeluari lagi, segala rakyat Jawa sudah pun naik mengepung kota Singapura itu.

Diceriterakan oleh yang empunya ceritera ini, ada sepohon jambu laut tempat rakyat Jawa menyandarkan tombaknya itu condong. Zaman Acheh mengalahkan negeri raja itu di­tebangnya. Maka dikeluari oleh orang Singapura terlalu sabur ber­perang; tetak-menetak, parang-memarang, tikam-menikam, serta dengan tempik-soraknya, gegak-gempita, tiada sangka bunyi lagi. Maka darah di Tengah peperangan itu seperti air sebak, merah rupanya pasir itu, datang sekarang ada lagi. Maka patahlah perang orang Singapura, lalu sekaliannya undur masuk ke dalam kota; pintu kota pun ditutup, dan dilawan berperang dari dalam kota kira-kira sebulan lamanya.

Maka oleh Sang Rajuna Tapa, beras dikatakannya tiada lagi. Maka titah Raja Iskandar Syah, "Cari barang siapa yang ada berjual, jangan ditawar lagi." Maka dicari secupak pun hendak dibeli tiada orang berjual; dengan demikian orang Singapura pun letihlah, tiada terangkatkan Senjatanya lagi. Setelah dilihat oleh Sang Rajuna Tapa telah letihlah isi negeri Singapura itu, pada waktu malam dibukanyalah pintu kota; maka masuklah rakyat Jawa.

SULALATUS SALATIN-23

Sulalatus Salatin: Sejarah Melayu IV

Singapura Dilanggar Todak

ALKISAH diceriterakan orang yang empunya ceritera - ala­mat akan binasa negeri Singapura. Maka ada seorang Hamba Allah, orang Pasai, turun dari atas angin ke Pasai tiga bersa­habat, Tuan Jana Khatib namanya; memahirkan ilmu khayal lillah lagi tamam dua belas alam. Oleh itu pergi dua bersahabat ke singapura, seorang pergi ke Samarlanga, itulah yang disebut orang tuan di Samarlanga, yang seorang tuan itu di Bunguran.

Maka suatu hari Tuan Jana Khatib berjalan di Pekan Singapura bertudung; maka ia lalu Hampir pagar istana raja. Maka di­pandangnya di pintu peranginan raja itu, ada seorang perempuan dilindung oleh pohon pinang gading; oleh Tuan Jana Khatib ditiliknya pohon pinang itu belah dua. Setelah dilihat oleh Paduka Seri Maharaja perihal itu maka baginda pun terlalu murka; titah baginda, "Lihatlah kelakuan Tuan Jana Khatib, diketahuinya isteri kita ada di pintu maka ia menunjukkan ilmunya. "Maka disuruh baginda bunuh; Tuan Jana Khatib pun dibawa orang akan dibunuh, Hampir ujung negeri tempat orang membuat bikang; di sanalah ia ditikam orang. Maka titik darahnya setitik, badannya pun ghaiblah. Orang yang membunuh itu pun kembalilah, dipersembahkannya kepada raja. Maka oleh perempuan yang membuat bikang itu, darah Tuan Jana Khatib yang titik itu ditutupnya dengan tudung bikangnya.

Dengan berkat darah wali Allah, perempuan itu pun menjadi kayalah dari harga bikangnya; tutup bikang pun menjadi batu. ada sekarang di Singapura. Ada diceriterakan orang, badan Tuan Jana Khatib itu terhantar di Lengkawi, ditanamkan orang di sana. Inilah dibuat orang pantun: Telur itik dari Singgora, Pandan tersandar di batang tui; Darahnya titik di Singapura, Badan terhantar di Lengkawi.

Hatta tiada berapa lama antaranya, maka datanglah todak menyerang Singapura, berlompatan lalu ke parit. Maka segala orang yang di pantai itu banyak mati dilompati todak itu; barang yang kena terus-menerus olehnya. Maka tiadalah dapat orang berdiri di pantai itu lagi. Maka gemparlah orang berlari­-larian ke sana ke mari, semuanya mengatakan, "Todak datang menyerang kita; banyaklah sudah mati ditikamnya." Maka paduka Seri Maharaja pun segera naik gajah, lalu baginda ke­luar diiringkan segala menteri hulubalang sida-sida bentara sekalian. Setelah datang ke pantai, maka baginda pun hairanlah melihat perihal todak itu, barang yang kena dilompatinya sama sekali matilah. Maka terlalulah banyak orang yang mati ditikam todak itu. Maka baginda pun menitahkan orang ber­kotakan betis, maka dilompati oleh todak itu, terus berkan­cing ke sebelah. Adapun todak itu seperti hujan, usahkan kurang, makin banyak orang mati.

Syahadan pada antara itu, datanglah seorang budak ber­kata, "Apa kerja kita berkotakan betis ini? Mendayakan diri kita. Jika berkotakan batang pisang alangkah baiknya?" Se­telah didengar Paduka Seri Maharaja kata budak itu, maka titah baginda, "Benar seperti kata budak itu," maka dikerah­kan baginda rakyat mengambil batang pisang diperbuat kota, Maka dikerjakan oranglah berkotakan batang pisang. Maka segala todak yang melompat itu lekatlah jongornya, tercacak kepada batang pisang itu; dibunuh oranglah bertimbun-timbun di pantai itu, hingga tiadalah termakan lagi oleh segala rakyat. Maka todak itu pun tiadalah melompat lagi.

Pada suatu ceri­tera pada masa todak itu melompat, datang ke atas gajah Pa­duka Seri Maharaja, kena baju baginda; maka diperbuat orang seloka: Carek baju dilompati todak, Baharu menurut kata budak.  Setelah itu maka Paduka Seri Maharaja pun kembalilah ke istana baginda. Maka sembah Orang Besar-besar, "Tuanku, akan budak itu terlalu sekali besar akalnya. Sedang ia lagi bu­dak sekian ada akalnya,jikalau sudah ia besar betapa lagi? Baik­lah ia kita bunuh, tuanku." Maka titah raja, "Benarlah bagai kata tuan Hamba sekalian itu, bunuhlah ia!" Maka adalah budak itu, tatkala ia akan dibunuh, maka ia menanggungkan haknya atas negeri itu; lalu ia pun dibunuh oranglah.

Hatta, setelah berapa lamanya baginda di atas kerajaan, maka baginda pun mangkatlah. Anakanda baginda Raja Iskandar Syah menggantikan kerajaan ayahanda baginda, ber­isterikan anak Tun Perpatih Tulus, beranak seorang lelaki bernama Raja Ahmad, timang-timangannya Raja Besar Muda, terlalu baik rupa dan sikapnya, tiada berbagai pada zaman itu. Setelah baginda besar, maka oleh ayahanda baginda diduduk­kan dengan anak Raja Sulaiman Syah, raja Kota Mahligai, bernama Tuan Puteri Kamaru'l Ajaib, terlalu baik parasnya, tiada sebagainya pada zaman itu.

SULALATUS SALATIN-22

Peristiwa Kerana Seorang Dayang

Sebermula maka tersebutlah perkataan Sultan Maliku'l­Mansur di negeri Semundra; pada suatu hari maka baginda memberi titah pada Sidi Asma Yaumi'd-Din. "Hendak meli­hat abang Hamba, betapa halnya gerangan?" Maka sembah Sidi Asma Yaumi'd-Din, "Jangan tuanku berangkat, paduka kekanda belum berketahuan khabarnya, kalau fitnah." Beberapa kali Sid. Asma Yaumi'd-Din menegah Sultan Maliku'l-Mansur, tiada juga didengar oleh baginda.

Maka Sidi Asma Yaumi'd-Din menyuruh orang memalu mong-mong  melarangi; demikian bunyinya, "Bahawa Sultan Maliku'l­Mansur hendak berangkat melihat negeri saudaranya, Sidi· Asma Yaumi'd-Din tiada berkenan, kerana ia menteri yang tua, lagi tahu pada segala pekerjaan; tak dapat tiada fitnah juga." Maka oleh Sultan Maliku'I-Mansur digagahinya juga dirinya berangkat mengelilingi negeri Pasai itu, lalu masuk istana Sultan Maliku't-Tahir. Maka baginda pun berahi akan seorang perempuan dayang-dayang kakanda baginda, lalu diambilnya" dibawa kembali ke Semundra. Maka baginda bersabda kepada Sidi Asma Yaumi'd-Din, "Hei bapaku, bahawa aku kedatang­an suatu pekerjaan yang musykil dan hilanglah budi-bicaraku, kerana aku terkena oleh hawa nafsuku, maka binasalah aku oleh pekerjaan aku, sebab tiada terkuasai hawa nafsuku." Maka sembah Sidi Asma Yaumi'd-Din, "Telah berlakulah hukum Allah atas segala makhluknya. "

Setelah itu maka kedengaranlah khabar Sultan Maliku't­-Tahir sudah ada di Jambu Air, dan akan khabar Sultan Mali­ku'l-Mansur pun telah kedengaranlah. Maka Sultan Maliku't­Tahir pun menaruh dendamlah kepada hatinya akan adinda baginda, hingga tiada dikeluarkannya. Baginda menyuruh Sultan Maliku'l-Mansur minta dialu-alukan apa bicaranya juga; maka Sultan Maliku'l-Mansur keluarlah dari negeri Semundra hilir ke Kuala. Adapun akan Sultan Maliku't-Tahir naik dari Sungai Katari, lalu berjalan ke istana baginda. Maka Sultan Maliku'l-Mansur pun kembalilah ke Semundra, baginda fikir­kan akan pekerjaan yang telah lalu, sebab tiada ia menurut bicara Sidi Asma Yaumi'd-Din itu; tiadalah berguna sesalnya, tetapi Sultan Maliku't-Tahir sudah tergerak hatinya akan Sultan Maliku'l -Mansur.

Bermula akan Sultan Maliku't-Tahir ada seorang anak, Sultan Ahmad namanya; tatkala baginda tertangkap, anakanda baginda itu lagi kecil. Pada masa baginda kembali dari negeri Syahru 'n-Nuwi, anakanda baginda itu besarlah; akan Sidi Ali Ghiathu'd-Din pun telah masyghul akan dirinya. Ada seorang menteri Tun Perpatih Tulus Tukang Segara namanya; dijadi­kan Mangkubumi oleh Sultan Maliku't-Tahir, akan ganti mer­tuanya. Pada suatu hari Sultan Maliku't-Tahir bersabda pada Tun Perpatih Tulus Tukang Segara, "Apa bicara tuan Hamba akan pekerjaan Sultan Maliku'I-Mansur supaya datang ke mari?" Maka sembah Tun Perpatih Tulus Tukang Segara, "Ada satu muslihat kita." Maka titah Sultan Maliku 't- Tahir, "Adalah kehendak Hamba, Sultan Maliku'l-Mansur jangan mati." Maka sembah Tun Perpatih Tulus Tukang Segara, ''Jikalau paduka adinda mati, bukanlah tukang namanya; mari paduka anakanda Sultan Ahmad kita khatankan. Sultan' Maliku'l­Mansur kita jemput, pada ketika itulah kita kerjakan. "

Maka Sultan Maliku't- Tahir pun menyuruh menghiasi negeri dan balairung; maka baginda pun memulai pekerjaan berjaga-jaga. Sultan Maliku'l-Mansur pun dijemput oleh ba­ginda; maka Sultan Maliku'l-Mansur pun datanglah; oleh Sul­tan Maliku't-Tahir Sultan Maliku'l-Mansur dengan Sidi Asma Yaumi'd-Din juga disuruhnya masuk, segala hulubalang Se­mundra semuanya tinggal di luar. Setelah masuk, Sultan Ma­liku'l-Mansur dan Sidi Asma Yaumi'd-Din disuruh baginda tangkap. Sultan Maliku'l-Mansur disuruh bawa ke Manjung pada seorang hulubalang. Maka titah baginda pada Sidi Asma Yaumi'd-Din, "Engkau tinggal di sini, jangan serta pergi dengan tuanmu. Jika engkau hendak pergi, kusuruh penggal lehermu." Maka sahut Sidi Asma Yaumi'd-Din, "Baiklah kepala bercerai dengan badan, daripada Hamba bercerai de­ngan tuannya." Maka oleh baginda disuruhnya kerat Sidi Asma Yaumi'd-Din, kepalanya dibuangkan ke laut, badan­nya disulakan di kapal Pasai.

Adapun Sultan Maliku'l-Mansur dibawa oranglah ke Man­jung berperahu, setelah datang ke sebelah Jambu Air arah ke timur, dilihat oleh puawang kepala manusia lekat pada ke­mudi. Maka diberi orang tahu kepada Sultan Maliku'l-Mansur, lalu disuruh baginda ambil, dilihat baginda kepala Sidi Asma Yaumi'd-Din. Baginda memandang ke darat, maka titah ba­ginda, "Padang maya ini?" Sekarang pun Padang Maya juga disebut orang. Maka Sultan Maliku'l-Mansur pun naiklah ke darat berjalan ke Padang Maya itu membawa kepala Sidi Asma Yaumi'd-Din serta dengan tangisnya menyuruh memohonkan badannya kepada Sultan Maliku't-Tahir, maka oleh baginda diberikannya. Maka Sultan Maliku'l-Mansur pun menanam­kan mayat Sidi Asma Yaumi'd-Din dengan kepalanya di Pa­dang Maya itulah.

Setelah sudah maka baginda pun pergilah ke Manjung. Peninggalan Sultan Maliku'l-Mansur itu, maka Sultan Ahmad dikhatankan oleh ayahandanya. Selang tiga tahun antara­nya, maka Sultan Maliku't- Tahir pun tersedarlah akan saudara­nya; seraya katanya, "Wahai! Terlalu sekali ahmak budiku! Kerana perempuan seorang, saudaraku kuturunkan dari atas kerajaannya, dan menterinya pun aku bunuh!" Baginda me­nyesal akan diri, lalu baginda menyuruh hulubalang dengan beberapa buah perahu pergi menjemput adinda baginda ke Manjung. Maka Sultan Maliku'I-Mansur pun dibawa oranglah dengan tertib kerajaan. Telah datanglah ke Padang Maya, baginda pun naik ke darat, mendapatkan kubur Sidi Asma Yaumi'd-Din. Maka Sultan Maliku'l-Mansur pun memberi salam, kata­nya, "As-sallamu 'alaikum hei bapaku! Tinggallah bapaku di sini, kerana Hamba hendak pergi dijemput oleh abang Hamba." Maka sahut Sidi Asma Yaumi'd-Din dari dalam kuburnya, demikian bunyinya, "Ke mana pula baginda pergi? Baiklah kita di sini!" Telah didengar Sultan Maliku'l-Mansur, baginda pun mengambil air sembahyang, lalu sembahyang dua rakaat serta salam. Telah sudah sembahyang, maka baginda pun berbaring-baring di sisi kubur Sidi Asma Yaumi'd-Din, lalu baginda putus nyawa.

Maka dipersembahkan orang kepada Sultan Maliku't-Tahir bahawa paduka adinda telah mangkat di sisi kubur Sidi Asma Yaumi'd-Din. Baginda terkejut, lalu segera mendapatkan adinda baginda ke Padang Maya. Mayat adinda baginda itu ditanamkan di sisi kubur Sidi Asma Yaumi'd-Din seperti diadatkan raja yang besar-besar. Setelah itu baginda pun kembalilah ke negeri Pasai dengan percintaannya. Maka oleh baginda, anakanda baginda Sultan Ahmad dirajakan; baginda turun dari atas kerajaan.

Telah berapa lamanya, maka Sultan Maliku't-Tahir pun geringlah. Baginda berwasiatlah kepada anakanda baginda, Sultan Ahmad, katanya, "Hei anakku, cahaya mataku, dan buah hatiku! Hendaklah jangan engkau melalui sembah segala Hambamu yang tua-tua. Pada barang sesuatu pekerjaan hen­daklah engkau mesyuarat dengan segala menterimu, dan jangan engkau segera menggerakkan hati Hambamu, dan hendaklah engkau perbanyak sabarmu pada segala pekerjaan yang keji, jangan engkau peringankan ibadatmu akan Allah subha nahu wa taala; dan jangan engkau mengambil hak segala manusia dengan tiada sebenarnya. Maka Sultan Ahmad pun menangi­s mendengar wasiat ayahanda baginda itu, Telah berapa hari antaranya maka Sultan Maliku't-Tahir pun mangkatlah. Maka ditanamkan oleh baginda Hampir masjid. Beberapa lamanya Sultan Ahmad di atas kerajaan, terlalulah adil perintah ba­ginda pada barang hukumnya.

SULALATUS SALATIN-21

Raja Pasai Ditipu dan Ditawan

Alkisah maka tersebutlah perkataan. raja Syahru'n-Nuwi; terlalu besar kerajaannya, dan terlalu banyak hulubalang dan rakyatnya tiada terpemanai lagi. Maka dikhabarkan orang kepada raja Syahru'n Nuwi, negeri Pasai terlalu ramai, segala dagang dan saudagar banyak dalam negeri Pasai, dan rajanya terlalu besar kerajaannya. Maka raja Syahru'n-Nuwi pun bersabda kepada segala hulubalangnya, "Siapa dapat menang­kap raja Pasai?" Maka ada seorang hulubalangnya, terlalu gagah berani, Awi Dicu namanya; maka sembahnya, "Ya tuanku, jikalau ada kurnia duli tuanku, empat ribu hulu­balang diberi akan Hamba, Hambalah menangkap raja Pasai itu, dan membawa dia dengan hidupnya ke bawah duli tuan­ku."

Maka oleh raja Syahru'n Nuwi diberinya hulubalang empat ribu dan seratus buah sum, diserahkannya kepada hulubalang itu, maka berlengkaplah ia. Setelah mustaed maka Awi Dieu pun belayarlah ke Pasai pura-pura berniaga sum yang banyak itu; akan dirinya dikatakannya utusan Raja Syahru'n Nuwi. Setelah didengar oleh Sultan Maliku't-Tahir bahawa utusan raja Syahru'n-Nuwi datang, maka disuruh baginda alu-alukan, serta suratnya disuruh sambut pada segala hulubalang baginda. Setelah sampai ke darat maka suruhan itu pun dibawa oranglah. Maka oleh Awi Dicu diisinya peti empat buah dengan empat orang hulubalang yang gagah. Maka dipesani­nya, "Apabila kamu kelak sampai ke hadapan raja Pasai, bukalah peti ini; kamu keluar tangkap raja Pasai," maka peti itu diberikannya kunci dari dalam, maka diarak oranglah peti yang dikatakan "bingkisan kepada raja Pasai itu."

Se­telah datanglah ke hadapan raja Pasai, maka surat itu pun dibaca oranglah di hadapan raja Pasai. Maka hulubalang Syahru'n Nuwi yang di dalam peti itu pun keluar menangkap raja Pasai itu. Maka segala hulubalang Pasai pun gemparlah, masing-masing menghunus Senjata hendak memerangi hulubalang Syahru'n-Nuwi. Maka kata hulubalang itu, "Jikalau kamu memerangi kami, raja kamu sahaja kami bunuh." Setelah segala hulubalang Pasai mendengar kata sekalian mereka itu, maka hulubalang Pasai pun berhentilah, masing­-masing berdiam diri. Maka Awi Dicu dengan segala hulu­balang Syahru'n Nuwi pun turunlah ke perahunya membawa raja Pasai, lalu belayar kembali ke negeri Syahru'n Nuwi. Setelah datang, maka raja Pasai pun dipersembahkan oleh Awi Dicu kepada raja Syahru'n Nuwi. Maka raja Syahru'n Nuwi pun terlalulah sukacitanya, Awi Dicu dengan segala yang pergi itu semuanya dipersalini oleh raja Syahru 'n­ Nuwi. Adapun akan raja Pasai itu disuruhnya menggembala ayam.

Sebermula maka tersebutlah perkataan Sidi Ali Ghiathu'd-Din muafakat di negeri Pasai dengan segala menteri yang tua-tua, akan berbuat sebuah kapal dan dibelinya segala dagangan Arab, kerana segala orang Pasai pada zaman itu semuanya tahu bahasa Arab. Maka Sidi Ali Ghiathu'd-Din pun naiklah ke kapal lalu belayar. Hatta berapa lamanya di jalan, sampailah ke negeri Syahru'n-Nuwi; maka Sidi Ali Ghiathu'd-Din pun naiklah ke darat mengadap raja Syahru'n- Nuwi, segala lasykamya semuanya memakai pakaian Arab, membawa persembahan diperbuatnya sepohon kayu emas dan buahnya daripada sekalian permata, kira-kira sebahara emas harganya.

Setelah raja Syahru'n-Nuwi melihat persembah Sidi Ali Ghiathu'd-Din itu terlalulah sukacita rasa hatinya, maka kata raja Syahru'-Nuwi, "Apa juga kehendakmu kepada aku?" Maka sembah Sidi Ali Ghiathu'd-Din, "Tiada apa kehendak kami," maka raja Syahru'n-Nuwi pun hairan dalam hatinya, memandang persembahan mereka itu amat banyak beberapa bahara itu. Maka Sidi Ghiathu'd-Din pun bermohonlah, seka­liannya turun ke kapal. Beberapa hari antaranya, maka Sidi Ali Ghiathu'd-Din pun naik pula mengadap raja Syahru'n-Nuwi, membawa per­sembahan papan catur emas, buahnya permata, sebelah hijau dan sebelah merah; itu pun kira-kira sebahara emas harganya. Maka kata raja Syahru'n-Nuwi, "Apa juga kehendak kamu kepada aku, supaya aku beri akan kamu." Maka sembah mereka itu, "Tiada apa kehendak kami, tuanku," sekalian­nya pun bermohon turun ke kapal. Setelah berapa hari pula antaranya, musim kembali pun datanglah; maka Sidi Ali Ghiathu'd-Din pun membaiki alat kapalnya akan belayar. Setelah hadir, maka sekalian mereka itu pun naiklah mengadap raja Syahru 'n-Nuwi, membawa per­sembahan itik emas, seekor jantan dan seekor betina, kira­ kira sebahara emas harganya; dan satu pasu emas diisinya dengan air penuh. Maka itik itu pun dilepaskannya dalam pasu itu, lalu itik itu berenang berambat-ambat dua laki bini serta menyelam. Maka raja Syahru'n-Nuwi pun terlalu amat hairan melihat perbuatan hikmat mereka itu.

Maka sabda raja Syahru'n-Nuwi, "Berkata benarlah kamu sekalian, apa juga kehendakmu; demi Tuhan yang kusembah ini, barang yang kamu kehendaki, dada kutahani." Maka sembah Sidi Ali Ghiathu'd-Din, "Ya tuanku, jikalau ada kurnia raja akan kami sekalian, orang yang menggembala ayam raja itulah kami pohonkan ke bawah duli raja." Maka titah raja Syahru n-Nuwi, "Adapun ia itu raja Pasai; oleh kamu kehendaki maka aku anugerahi akan kamu." Maka sembah mereka itu, "Oleh ia sama Islam maka kami pohon­kan ke bawah duli raja." Maka oleh raja Syahru'n-Nuwi, Sultan Muliku't-Tahir dianugerahkannya kepada Sidi Ali Ghiathu'd-Din, lalu dibawanya turun ke kapal.

Setelah di­mandikan dan dipersalinnya dengan pakaian kerajaan, maka angin pun turunlah; maka sauh pun dibongkar orang maka Sidi Ali Ghiathu'd-Din pun belayarlah. Berapa hari di laut, Hampirlah ke Pasai.

SULALATUS SALATIN-20

Mula Kedatangan Islam ke Alam Melayu

Alkisah maka tersebutlah perkataan raja Pasai, demikian hika­yatnya: diceriterakan oleh yang empunya ceritera ada Merah dua bersaudara, diam Hampir Pasangan. Adapun akan asal Merah itu dari Gunung Sengkuang; yang tua Merah Caga namanya, dan yang muda Merah Silu namanya. Maka adalah Merah Silu itu menahan lukah kerjanya, kena gelang-gelang itu maka dibuangkannya, ditahannya pula lukahnya kena pula gelang-gelang itu.
Setelah berapa ditahannya lukahnya itu demikian juga, maka oleh Merah Silu gelang-gelang itu direbusnya, maka gelang-gelang itu menjadi emas dan buihnya menjadi perak. Maka oleh Merah Silu ditahannya pula lukahnya kena gelang-gelang itu direbusnya, jadi emas seperti dahulu itu juga; maka banyaklah Merah Silu beroleh emas. Maka terdengarlah kepada Merah Caga bahawa adindanya, Merah Silu santap gelang-gelang; maka Merah Caga pun marahkan adindanya itu hendak dibunuhnya. Setelah ter­dengar kepada Merah Silu, kakanda baginda hendak mem­bunuhnya itu, maka Merah Silu pun lari ke Rimba Jurun. Maka orang yang di Rimba Jurun itu diemasinya, maka sekalian orang itu pun menurut katanya.

Adalah pada suatu riwayat Merah Silu pergi berburu, maka anjingnya bernama Si Pasai itu pun menyalak. Dilihat Merah Silu Si Pasai menyalak itu di atas tanah tinggi, seperti ditimbun orang rupanya. Maka Merah Silu naik di atas tanah tinggi itu, maka dilihatnya seekor semut besar seperti kucing; maka oleh Merah Silu semut itu diambil dan dimakannya. Maka tanah tinggi itu diperbuatnya akan tempat, dinamainya Semundra ertinya semut merah .

Sebermula maka tersebutlah pada zaman Rasul Allah salla'llahu 'alaihi wa salam, baginda bersabda pada segala sahabat:

"Pada akhir zaman kelak, ada sebuah negeri di bawah angin, Semundra namanya; maka apabila kamu dengar kha­bamya negeri Semundra itu, maka segeralah kamu pergi ke negeri itu, bawa isi negeri Semundra itu masuk Islam, kerana dalam negeri itu banyak wali Allah akan jadi; tetapi ada pula seorang fakir di negeri Mu'tabari namanya, ialah kamu bawa sertai kamu,

setelah berapa lamanya kemudian daripada sabda nabi salla'llahu 'alaihi wa salam, maka terdengarlah kepada segala negeri, datang ke Mekah pun kedengaran nama negeri Semundra itu, Syarif di Mekah menyuruhkan sebuah kapal membawa segala perkakasan kerajaan seraya disuruhnya singgah ke negeri Mu'tabari; adapun nama nakhoda kapal itu Sheikh Ismail.

Maka kapal itu pun belayarlah, lalu ia singgah di negeri Mu'tabari. Adapun raja dalam negeri itu Sultan Muhammad namanya; maka baginda bertanya, "Kapal dari mana ini?" Maka sahut orang dalam kapal itu; "Adalah kami ini kapal dari Mekah, hendak pergi ke negeri Semundra." Adapun Sultan Muhammad itu daripada anak cucu hadrat Abu Bakar Al Siddik radhi Allahu anhu. Maka ujar orang kapal itu, "Kera­na kami pergi ini dengan sabda nabi Rasul Allah."

Setelah didengar oleh Sultan Muhammad sabda Rasul Allah salla'llahu 'alaihi wa salam itu maka dirajakannya anaknya yang tua di negeri Mu'tabari akan ganti kerajaannya; maka baginda dengan anakanda baginda yang muda memakai pakaian fakir, meninggalkan kerajaan turun dari istana lalu naik kapal itu; katanya, "Kamu bawa Hamba ke negeri Semundra." Maka pada hati orang isi kapal itu, bahawa inilah mudah-mudahan fakir yang seperti sabda Rasul Allah itu. Maka fakir itu pun dibawanyalah naik kapal lalu belayar.

Berapa lamanya di jalan maka sampailah kepada sebuah negeri, Fansuri namanya; maka segala orang isi negeri itu pun masuk agama Islamlah. Keesokan harinya maka fakir itu pun naik ke darat membawa Quran, maka disuruhnya baca pada orang isi negeri Fansuri itu, seorang pun tiada dapat membaca dia. Maka dalam hati fakir itu bukan negeri ini yang seperti sabda nabi kita Muhammad Rasul Allah salla 'llahu 'alaihi wa salam itu. Maka turunlah ia ke kapal kepada nakhoda Sheikh Ismail, belayar pula berapa lamanya, maka sampailah kepada sebuah negeri Lamiri namanya, maka orang Lamiri itu pun masuk Islam. Maka Fakir itu pun naik ke darat membawa Quran; maka disuruhnya baca pada orang dalam negeri itu, dan seorang pun tiada dapat membaca dia. Maka fakir itu pun kembali ke kapal lalu belayar.

Berapa lamanya maka sampailah ke negeri Haru namanya maka segala orang dalam negeri Haru itu pun semuanya masuk Islam. Maka fakir pun naiklah ke darat membawa Quran, maka di­suruhnya baca pada orang negeri itu, dan seorang pun tiada tahu membaca dia. Maka fakir itu pun bertanya kepada orang dalam negeri itu, "Di mana negeri yang bernama Semundra itu?" Maka kata orang itu, "Sudah lalu." Maka fakir itu pun turunlah ke kapal, lalu belayar berbalik pula; maka jatuh ke negeri Perlak, maka sekalian mereka itu pun diislamkannya.

Maka kapal itu pun belayarlah ke Semun­dra. Maka fakir pun naik ke darat, maka ia bertemu dengan Merah Silu berkarang di pantai. Maka fakir itu pun bertanya katanya, "Apa negeri ini?" Maka sahut Merah Silu, "Adapun nama negeri ini Semundra. “Maka kata fakir itu, "Siapa nama pengetuanya dalam negeri ini?" Sahut Merah Silu, "Hamba­lah pengetua sekalian mereka itu." Maka oleh fakir itu Merah Silu diislamkannya dan diajarinya kalimatul syahadat. Setelah Merah Silu Islam maka Merah Silu pun kembali ke rumahnya, fakir itu pun kembalike kapal.

Syahadan pada malam itu Merah Silu pun tidur, maka ia bermimpi dirinya berpandangan dengan Rasulullah salla'llahu 'alaibi wa salam. Maka sabda Rasulullah kepada Merah Silu, "Ngangakan mulutmu!" Maka oleh Merah Silu dingangakan mulutnya; diludahi oleh Rasulullah mulut Merah Silu. Maka Merah Silu pun terjaga dari tidumya. Diciumnya bau tubuhnya seperti bau narawastu. Telah hari siang, maka fakir pun naik ke darat membawa Quran disuruhnya baca pada Merah Silu. Maka oleh Merah Silu dibacanya Quran itu; maka kata fakir itu kepada Sheikh Ismail, nakhoda kapal, “Inilah ‘alaihi wasalam itu.” Maka oleh Sheikh Ismail segala perkakasan kerajaan yang dibawanya itu semuanya diturun­kannya dari dalam kapal itu.

Maka Merah Silu dirajakannya dan dinamainya Sultan Maliku’s Salleh. Adapun yang besar dalam negeri itu dua orang, Seri Kaya seorang namanya, Bawa Kaya seorang namanya; keduanya masuk Islam. Seri Kaya bernama Sidi Ali Ghiathu'd-Din dan Bawa Kaya bernama Sidi Asma Yaumi'd-Din, Maka Sheikh Ismail pun belayarlah kembali ke Mekah, dan fakir itu tinggal­lah di negeri Semundra akan menetapi Islam isi negeri Semun­dra itu, Kemudian dari itu maka Sultan Maliku's-Salleh menyu­ruhkan Sidi Ali Ghiathu'd-Din ke negeri Perlak, meminang anak raja Perlak.

Adapun raja Perlak itu beranak tiga orang perempuan, dua orang anak gahara, seorang anak gundik, Ganggang namanya. Setelah Sidi Ali Ghiathu'd-Oin datang ke Perlak, ketiga anak baginda itu ditunjukkannya kepada Sidi Ali Ghiathu'd-Din. Puteri yang dua bersaudara itu duduk di bawah mengupas pinang, anaknya Puteri Ganggang itu disuruhnya duduk di atas, pada tempat yang tinggi; berkain wama air mawar, berbaju wama jambu, bersubang lontar muda, memegang bunga jengkalan; terlalu baik parasnya. Maka Sidi Ali Ghiathu'd-Din pun datang mengadap. Maka titah raja Perlak, "Itulah anak Hamba dua orang duduk di bawah, seorang yang di atas itu." Maka sembah Sidi Ali Ghiathu'd-Din kepada raja Perlak," Anakanda yang duduk di atas itulah dipohonkan oleh paduka anakanda;" tetapi Sidi Ali Ghiathu d-Din tiada tau akan puteri Ganggang itu anak gundik raja Perlak.

Maka raja Perlak pun menyuruh berleng­kap seratus buah perahu, Tun Perpatih Pandak disuruh meng­hantar Puteri Ganggang itu ke negeri Semundra. Maka Malik­us Salleh pun keluarlah mengalu-alukan Puteri Ganggang hingga Jambu Air, dibawanya masuk ke negeri Semundra dengan seribu kemuliaan dan kebesaran. Setelah datang ke Semundra maka baginda pun memulai pekerjaan berjaga­-jaga beberapa hari, berapa malaman lamanya. Setelah itu maka baginda pun kahwinlah dengan Puteri Ganggang. Telah sudah kahwin itu maka memberi kurnia akan segala hulu­balang dan memberi derma akan fakir dan miskin dalam negeri Semundra itu daripada emas dan perak, dan akan Tun Ppatih Pandak. Setelah selesailah daripada itu, berapa antaranya maka Tun Perpatih Pandak pun bermohonlah kem­bali ke Perlak.

Hatta maka Sultan Maliku's-Salleh dengan Puteri Ganggang pun beranak dua orang lelaki, yang tua dinamai baginda Sultan Maliku't- Tahir dan yang muda dinamai baginda Sultan Maliku'l-Mansur; akan Sultan Maliku't-Tahir diserah­kan baginda kepada Sidi Ali Ghiathu'd-Din dan Sultan Mali­ku'l-Mansur diserahkan kepada Sidi Asma Yaumi'd-Din. Setelah berapa lamanya Sultan Maliku't-Tahir dan Sultan Maliku'l-Mansur pun besarlah, dan negeri Perlak pun alah oleh musuh dari seberang, dan orang Perlak pun pindahlah ke negeri Semundra. Maka Sultan Maliku's-Salleh pun berfikir dalam hatinya hendak berbuat negeri akan tempat anakanda baginda; maka titah Sultan Maliku's-Salleh pada segala Orang Besar-besar, "Esok hari kita pergi berburu."

Setelah pagi-­pagi hari maka Sultan Maliku's-Salleh pun naiklah gajah yang bernama Permadewan itu, lalu berangkat ke seberang. Datang ke pantai, maka anjing yang bernama Si Pasai itu pun menyalak; maka Sultan Maliku's-Salleh pun segera mendapatkan anjingnya itu menyalak tanah tinggi, sekira-kira luas tempat istana, dengan kelengkapannya terlalu amat baik, seperti ditempa rupanya. Maka oleh Sultan Maliku's-Salleh disuruh­nya tebas. Setelah sudah maka diperbuatnya negeri; pada tempat tanah tinggi itu dibuatnya istana, lalu dinamainya negeri itu"Pasai", menurut nama anjingnya itu, Maka anak­anda baginda, Sultan Maliku't-Tahir pun dirajakan baginda di Pasai itu, Sidi Ali Ghiathu'd-Din dijadikan baginda Mang­kubumi akan anakanda baginda itu.

Maka segala rakyat dan gajah kuda, segala perkakas kerajaan semuanya dibahagi dua, sebahagi diberikan baginda akan Sultan Maliku't-Tahir, dan sebahagi diberikan baginda akan Sultan Maliku1-Mansur. Setelah berapa lama antaranya, maka Sultan Maliku's- Salleh pun geringlah. Baginda menyuruh menghimpunkan Orang Besar-besar dalam negeri Semundra itu, kedua anakanda baginda pun dipanggil. Setelah sekaliannya datang, maka Sultan Maliku's-Salleh pun bersabda kepada anakanda baginda kedua serta menteri dan segala Orang Besar-besar, "Hei anakku kedua dan segala taulanku, dan sekalian kamu pegawaiku, aku ini Hampirlah ajalku akan mati. Baik-baiklah kamu sekalian sepeninggalan aku ini; hei anakku, jangan engkau berbanyak tamak akan harta orang, dan jangan kamu inginkan isteri Hamba kamu; kedua anakku ini hendaklah muafakat, jangan kamu bersalahan dua bersaudara." Maka sabda baginda kepada Sidi Ali Ghiathu'd-Din dan Sidi Asma Yaumi'd-Din, "Hei saudaraku kedua, baik­-baik engkau memeliharakan anakku kedua ini, dan jangan kamu bertuan raja yang lain daripada anakku kedua ini."

Maka kedua mereka itu pun sujud serta dengan tangisnya. Maka sembah Sidi Ali Ghiathu'd-Din dan Sidi Asma Yaumi'd-Din, "Ya tuan kami, demi Allah Taala, Tuhan yang menjadikan semesta sekalian alam, bahawa kami kedua ini yang di­perHamba, sekali-kali tiada kami kedua ini mengubahkan taat dan setia kami akan bertuan raja yang lain daripada paduka anakanda kedua ini." Maka oleh Sultan Maliku's-Salleh akan anakanda baginda Sultan Maliku’l-Mansur dirajakan baginda di Semundra itu; antara selang tiga hari maka Sultan Maliku's-Salleh pun mangkatlah, ditanamkan di sisi baginda juga, maka disebut orang sekarang Marhum di Semundra. Maka Sultan Maliku't­-Tahir dan Sultan Maliku'I-Mansur, kemudian daripada ayah­anda baginda mangkat, baginda di kedua buah negeri itu menyuruh menghimpunkan segala rakyat, gajah, kuda dan segala alat kerajaan; maka negeri kedua buah itu terlalu besar dengan ramainya. wakafsedekah.com/3324

SULALATUS SALATIN-19

Kegagahan Badang Diuji

Hatta, kedengaranlah ke benua Keling, ada seorang hulubalang raja Singapura, Badang namanya, terlalu gagah. Adapun ke­pada Raja benua Keling ada seorang pahlawan terlalu amat gagah, tiada berlawan di benua Keling bernama Nadi Bija Nia­kra. Maka oleh raja benua Keling, pahlawan itu disuruhnya bawa ke Singapura, membawa tujuh buah kapal. Maka titah raja benua Keling pada seorang hulubalangnya, "Pergilah eng­kau bawa pahlawan aku ini ke Singapura dengan tujuh buah kapal itu, lawan olehmu hulubalang raja Singapura itu bergusti. Jikalau pahlawan aku alah olehnya, maka isi tujuh buah kapal ini berikan akan taruhnya, dan jika ia alah, patutlah sebanyak harta yang tujuh buah kapal itu juga." Maka sembah hulubalang itu, "Baiklah tuanku," maka ia pun belayarlah.

Berapa lamanya di laut datanglah ke Singapura, maka di­persembahkan orang kepada Seri Rakna Wikrama, "Ada pahlawan dari benua Keling datang, hendak melawan Badang bermain, jikalau ia alah, harta tujuh buah kapal itulah akan taruhnya." Maka baginda Seri Rakna Wikrama pun keluar di­adap orang; maka hulubalang Keling itu pun mengadap membawa pahlawan itu. Maka oleh Seri Rakna Wikrama disuruh bergusti dengan Badang, maka barang main pahlawan Keling itu semuanya tewas juga. Maka ada sebuah batu di hadapan balairung itu terlalu besamya, maka kata Nadi Bija Niakra pada Badang, "Mari kita berkuat-kuatan pada mengangkat batu ini; barang siapa tiada terangkat ialah alah.

Maka sahut Badang, "Baiklah, angkat oleh tuan Hamba dahulu." Maka oleh Nadi Bija Niakra diangkatnya, tiada terangkat, Maka disungguh-sungguhnya, terangkat hingga lutut, lalu dihempas­kannya ke tanah. Maka katanya kepada Badang, "Sekarang berganti tuan Hambalah pula." Maka kata Badang, "Baiklah." Maka oleh Badang diangkatnya batu itu dengan sebe1ah tang­annya, dilambung-lambungnya, lalu dilontarkannya di kuala. ltulah batunya tersandang yang ada sekarang di hujung tanjung Singapura itu. Maka oleh hulubalang Keling, isi ketujuh buah kapal serta dengan kapalnya sekali, diserahkan kepada Badang. Maka ia bermohon kepada duli baginda, lalu belayar ke benua Keling.

Sebermula kedengaranlah ke Perlak, "Bahawa hulubalang raja Singapura terlalu gagah, Badang namanya; tiada ada dua taranya pada zaman ini." Diceriterakan oleh yang empunya ceritera bahawa raja Perlak itu ada menaruh seorang pahlawan, Benderang namanya; terlalu gagah, lagi ke mana-mana ter­masyhurnya. Maka tatkala orang berkhabarkan Badang itu, Benderang pun ada mengadap raja Perlak. Maka sembah Ben­derang kepada raja Perlak, "Tuanku, masakan Badang gagah daripada yang diperHamba. Jika dengan sabda tuanku, supaya yang diperHamba pergi ke Singapura itu melawan Badang bermain."

Maka raja Perlak memberi titah pada Mangkubumi Tun Perpatih Pandak namanya. "Hendaklah tuan Hamba pergi ke Singapura, kerana Benderang ini hendak Hamba titahkan ke Singapura melawan Badang," Maka sembah Tun Perpatih Pandak, "Baiklah tuanku, dan titah patik junjung." Setelah hadir, maka Raja Perlak pun menyuruh mengarak surat ber­sama-sama Tun Perpatih Pandak dan Benderang turun ke pe­rahu. Maka Tun Perpatih Pandak pun belayarlah.

Hatta beberapa hari di jalan maka sampailah ke Singapura, Maka disembahkan oleh orang kepada Seri Rakna Wikrama mengatakan, "Tun Perpatih Pandak disuruhkan raja Perlak datang membawa seorang pahlawan bernama Benderang akan 'melawan Badang." Setelah didengar baginda sembah orang  itu maka baginda pun keluarlah di hadapan segala menteri, hulubalang, sida-sida bentara dan biduanda sekalian di balai­rung. Maka baginda menitahkan pegawai menjemput surat raja Perlak itu, diarak dengan sepertinya. Setelah datang, maka disambut bentara kiri dipersembah­kannya kepada baginda; maka disuruh baginda baca kepada orang, terlalu baik bunyinya.

Maka Tun Perpatih Pandak pun menjunjung duli; maka baginda suruh duduk setara dengan Tun Jana Buga Dendang, dan Benderang didudukkan setara dengan Badang. Maka titah baginda Seri Rakna Wikrama pada Tun Perpatih Pandak. "Apa lain pekerjaan tuan Hamba di­suruhkan saudara kita?" Maka sembah Tun Perpatih Pandak, "Patik dititahkan paduka adinda membawa patik itu Bende­rang tuanku, disuruh mencuba kuat dengan Badang. Jikalau Benderang alah, isi sebuah gedung dipersembahkan paduka adinda ke bawah duli tuanku; jikalau Badang pula alah, demi­kian juga tuanku. " Maka titah Seri Rakna Wikrama, "Baiklah, esok harilah kita adu bermain."

Setelah itu baginda pun berangkatlah masuk, dan segala yang mengadap masing-masing kembali­lah ke rumahnya. Maka Seri Rakna Wikrama pun menyuruh memanggil Badang; maka Badang pun datang mengadap. Maka titah baginda, "Esok hari Badang kita adu bermain dengan Benderang." Maka sembah Badang, "Tuanku, adalah akan Benderang pada zaman ini pahlawan gagah bukan barang­-barang perkasanya tuanku, telah masyhurlah pada segala negeri. Jikalau patik alah tiadakah duli tuanku malu? Pada fikir hati patik jikalau duli Yang Dipertuan hendak mengadu patik dengan dia, baik tuanku panggil pada malam ini Benderang itu, anugerahi ayapan supaya patik lihat kelakuannya. Jikalau patik dapat melawan dia patik lawanlah, tuanku; jikalau tidak terlawan oleh patik jangan patik diberi bermain dengan dia." Maka titah baginda, "Benarlah bicaramu itu."

Setelah hari malam, baginda pun menyuruh memanggil Benderang dengan Tun Perpatih Pandak dan segala temannya. Setelah ia datang mengadap, maka dianugerahi ayapan makan minum bersuka-sukaan. Adapun akan Benderang berHampir duduk dengan Badang; maka oleh Badang disesaknya Ben­derang, maka oleh Benderang ditindihnya pahanya dan di­tekannya sungguh-sungguh. Maka oleh Badang dibangkitnya pahanya, terangkat paha Benderang. Maka oleh Badang pula ditindihnya paha Benderang, maka oleh Benderang hendak diangkatnya pahanya, tiada terangkat. Adapun akan kelakuan Badang dengan Benderang itu, seorang pun tiada tau, melain­kan dianya berdua juga yang tau.

Setelah sejam lamanya, maka segala utusan itu pun mabuklah, sekaliannya bermo­honlah kembali ke perahunya, Adapun Tun Perpatih Pandak, setelah sampai ke perahu­nya, maka Benderang berkata pada Perpatih Pandak, “Jikalau dapat dengan bicara tuan Hamba, janganlah Hamba diadu dengan Badang itu; jikalau tiada terlawan oleh Hamba, kerana pada pemandangan Hamba, ia terlalu perkasanya." Maka kata Tun Perpatih Pandak, "Baiklah, mudah juga Hamba mem­bicarakan dia," Setelah itu maka hari pun sianglah. Setelah utusan Perlak habis balik. itu, maka titah Seri Rakna Wikrama kepada Badang, "Dapatkah engkau melawan Benderang itu?" Maka sembah Badang, "Tuanku, jikalau dengan daulat tuanku, dapat patik melawan dia, tuanku." Maka titah baginda, "Baiklah," seraya baginda berangkat masuk. Maka segala yang mengadap masing-masing kembali­lah ke rumahnya.

Dari pagi-pagi hari Seri Rakna Wikrama sudah keluar diadap orang, dan Tun Perpatih Pandak pula masuk mengadap. Maka titah baginda pada Tun Perpatih Pandak. "Seka­ranglah baik kita adu Badang dengan Benderang." Maka sembah Tun Perpatih Pandak, "Tuanku, pada bicara patik, janganlah ia kita adu, kerana jikalau alah salah seorang, takut menjadi mufarik tuanku dengan paduka adinda." Maka Seri Rakna Wikrama pun tersenyum mendengar sembah Tun Perpatih Pandak. Maka titah baginda, "Benarlah seperti kata Tun Perpatih itu." Maka Benderang pun dititahkan baginda merenangkan rantai terlalu besar, bersama-sama dengan Badang; disuruh bubuhkan di belakang Siram, supaya kapal tiada boleh lalu. Maka direntangkannyalah di belakang Siram; setelah itu keduanya dipersalin baginda. Maka Tun Perpatih Pandak pun bermohonlah kembali; maka Seri Rakna Wikrama pun memberi surat dan kiriman akan raja Perlak. diarak oranglah ke perahu, maka Tun Perpatih Pandak pun belayarlah kembali ke Perlak.

Setelah ia sampai ke Perlak, maka surat pun diaraklah oleh raja Perlak bergajah; dikepilkan di balai. Maka surat itu disambut, disuruh baca oleh baginda, setelah didengar baginda maka terlalulah sukacitanya raja Perlak mendengar bunyi surat itu. Maka baginda bertanya pada Tun Perpatih Pandak, "Oleh apa maka tiada jadi diadu Benderang dengan Badang?" Maka oleh Tun Perpatih Pandak segala perihal Benderang dengan Badang tatkala minum itu, semuanya dipersembah­kannya. Maka raja Perlak pun diam mendengar sembah Tun Perpatih Pandak itu.

Hatta berapa lamanya Badang pun mati­lah, ditanamkan orang di Buru. Setelah kedengaranlah ke benua Keling Badang sudah mati, maka dikirim oleh raja benua Keling nisan batu, inilah nisannya yang ada sekarang di Buru itu, Setelah berapa lamanya Seri Rakna Wikrama di atas kerajaan, maka baginda beranak dua orang lelaki dan seorang perempuan; yang lelaki itu Damia Raja namanya, terlalu baik parasnya dan sikapnya tiada berbagai pada zaman itu. Setelah sudah besar didudukkan baginda dengan anak Tun Perpatih Permuka Berjajar, Damia Puteri namanya; dan anakanda baginda yang perempuan didudukkan baginda dengan Tun Perpatih Tulus, anak Tun Perpatih Permuka Berjajar juga, terlalu berkasih-kasihan laki-isteri keempat anakanda baginda itu. Hatta berapa lamanya baginda Seri Rakna Wikrama di atas kerajaan, datanglah peredaran dunia, maka baginda pun mangkatlah; maka anakanda baginda Damia Rajalah naik raja menggantikan kerajaan ayahanda baginda.

Adalah gelar baginda di atas kerajaan Paduka Seri Maharaja. Maka isteri baginda Damia Puteri pun Hamillah; telah genap bulannya maka baginda pun berputeralah lelaki. Tatkala anak raja itu keluar, ditumpu oleh bidannya akan ulu baginda menjadi lembang sama Tengah, tinggi kiri kanan. Maka dinamai bagin­da Raja Iskandar Syah. Wallhu a'lamu bis-sauiab wa ilaihil­marji'u wal-ma 'ab.

SULALATUS SALATIN-18

Badang Beroleh Gagah

Maka tersebutlah perkataan seorang perempuan duduk berhuma diam di Sayung; ada seorang budak, hambanya, bernama Badang; kerjanya berhuma akan tuannya juga. Sekali perse­tua, pada suatu hari Badang pergi menahan lukah ke hilir pada satu sungai. Pagi-pagi dijenguknya lukahnya itu, dilihatnya hampa, suatu pun tiada isinya; tetapi sisik ikan dan tulangnya ada di tepi sungai itu banyak; Sentiasa hari demikian juga.

Maka tuannya bersungut katanya, "Si Badang ini, orang pergi menebas menebang, dia leka dengan sebab mengatakan me­nahan lukah, seekor ikan pun tiada kupandang, sahaja engkau suka duduk sama-sama dengan aku laku rupanya." Maka Badang pun diam disunguti oleh tuannya; di dalam hatinya berkata, "Jikalau belum kudapat yang makan ikan dalam lukah itu, belum puas hatiku." Ada pada suatu hari diintainya dari sebalik banir kayu, maka dipandangnya datang hantu terlalu besar-panjang, tubuh­nya merah seperti api, matanya bagai matahari terbit, rambut­nya seperti raga dan janggutnya datang pada pusatnya.

Maka oleh Badang diambilnya parang dan kapaknya, serta diberanikan dirinya, lalu diterpanya menangkap janggut hantu itu, serta katanya, "Engkau inilah makan ikanku dalam lukah­ku; sekali ini engkau matilah olehku." Maka hantu itu pun terkejut serta dengan takutnya men­dengar kata Badang itu, gementar-gementar; hendak berlepas dirinya tiada dapat. Maka kata hantu itu, "Jangan aku engkau bunuh, apa kehendakmu aku beri." Maka fikir Badang, "Jika aku hendakkan kaya, jikalau aku mati, tuan aku boleh akan dia. Jika aku hendakkan ilmu halimun, dapat tiada aku mati dibunuh orang; dan jikalau hendak menjadi Orang Besar-besar, bukan asal aku.

Jika demikian baik aku menuntut minta kuat dan gagah, supaya aku kuat mengerjakan tuanku." Setelah ia fikir, maka kata Badang pada hantu itu, "Berilah aku kuat dan gagah, segala kayu dan. batu yang besar-besar itu dapat aku bantun dengan umbi akarnya dengan sebelah tanganku juga. " Maka kata hantu itu, "Baiklah, jikalau engkau hendakkan gagah seperti maksud itu makanlah muntahku." Maka kata Badang, "Baiklah, muntahlah engkau supaya aku makan;" maka hantu itu pun muntahlah terlalu banyak. Maka oleh Badang dimakannya muntah hantu itu habis semuanya, dan janggut hantu itu dipegangnya juga Setelah itu oleh Badang dicubanya segala pohon kayu Hampirnya yang besar-besar itu, dengan sekali bantunnya habis patah-patah; maka janggut hantu itu pun dilepaskannya, lalu ia berjalan pulang datang ke tempat huma tuannya.

Maka segala kayu yang besar-besar dua tiga pemeluk itu habis dibantunnya dengan umbi dan akarnya, dihempaskannya ke bumi remuk-redam, setelah di­bantunnya patah-patah. Dengan sebentar teranglah, saujana mata memandang luas; setelah itu Badang pun pulang tidur. Maka dipandang tuannya Badang lagi tidur, belum pergi menebas; maka ia marah serta membangunkan Badang, katanya, "Hei Badang, mengapa engkau tiada mendengar kataku lagi? Begini hari belum juga bekerja."

Maka sahut Badang, "Sudah habis tanah itu tebas tebangnya sahaya kerjakan." Maka kata tuannya, "Sebanyak-banyaknya lagi kupandang kelmarin; masa mana engkau kerjakan? Sahaja sangat ia hendak menang." Maka sahut Badang, "Marilah datuk lihat, jika tiada percaya akan sahaya!" Maka tuannya pun pergilah dengan Badang; setelah sampai dipandang oleh tuannya tanah itu terlalu luas, disangkanya tebasan orang lain. Katanya kepada Badang, "Tebasan siapa engkau bawa aku ini?" Maka kata Badang, "Inilah datuk tebasan kita." Maka dikhabar­kannyalah perihal dirinya itu. Maka tuannya pun hairanlah serta dengan sukacitanya bertambahlah kasihnya akan hambanya itu; menjadi kayalah ia, dengan berkat gagah hambanya Badang itu, menjadi dua tiga puluh Hambanya, maka di­panggil "Orang Kaya Sayung"; Badang pun dimerdehakakannya.

Sebermula kedengaranlah ke Singapura, maka oleh Seri Rakna Wikrama disuruh baginda panggil, maka Badang pun datang mengadap; maka dilihat baik akhlaknya; dijadikan baginda "sandim sani". Berapa lamanya Badang menjadi Hamba ke bawah duli baginda, maka ada pada suatu hari Seri Rakna Wikrama santap hendak berulam buah kuras. Dipersembahkan orang, di Sayung ada sedahan kuras berbuah. Maka dititahkan baginda Badang pergi seorang dirinya; perahu­nya pilang panjang lapan, galahnya batang kempas sepe­meluk besarnya. Digalah mudek tujuh kali, digalahnya sampai ke terusan Tambiuh, galahnya pun patah, terhunjam di sana, datang sekarang pun ada lagi; yang sekeratnya digalahkannya tiga kali sampai di hilir Tanjung Putus, di sana dibuangkannya.

Maka ia pun ke Sayung, lalu dipanjatnya kuras itu, di­pandangnya yang berbuah hanya sedahan. Maka dipautnya dahan kuras itu patah, Badang pun jatuh ke tanah dan kepala­nya terhempas di batu yang besar. Maka batu itu belah dua, maka kepala Badang tiada belah; sekarang lagi ada batu itu di Sayung disebut orang "Batu Belah". Maka datanglah Ba­dang ke Singapura dengan pilang itu, pulang serta dengan tebu, pisang, ubi keladi dan buah kuras dipersembahkannya kepada Seri Rakna Wikrama, dan pilangnya itu ada di hulu Temasek itu sekarang.

Syahadan pada suatu masa raja membuat sebuah pilang panjang lima belas, di hadapan istana. Setelah sudah, maka disuruh sorong oleh baginda kepada mereka empat lima ratus orang tiada tersorong, maka dititahkan baginda kepada Ba­dang. Maka disorong oleh Badang sama seorang, melancar lalu ke seberang. Maka oleh baginda Badang dijadikan hulu­balang.