Isnin, 20 April 2015

SULALATUS SALATIN - SEJARAH MELAYU-2

Sulatus Salatin: Sejarah Melayu

BISMILLAHIR-RAHMANIR-RAHIM

Penaklukan Iskandar Zul-Karnain

A'lam ketahui olehmu, kepada zaman dahulukala, dan masa yang telah lalu, kata yang empunya ceritera, ba­hawa Raja Iskandar, anak Raja Darab, Rom bangsanya, Makaduniah nama negerinya, Zul-Karnain gelarannya; sekali per­setua baginda berjalan hendak melihat matahari terbit, maka baginda sampai pada suatu bi'at, negeri Hindi.

Maka ada se­orang raja di tanah Hindi, terlalu besar kerajaannya, seTerigah negeri Hindi itu dalam tangannya; namanya Raja Kida Hindi. Setelah ia mendengar Raja Iskandar datang, maka Raja Kida Hindi pun menyuruhkan Perdana Menteri menghimpunkan segala rakyat dan raja-raja yang takluk kepadanya. Setelah sudah kampung semuanya, maka dikeluarinyalah oleh Raja Kida Hindi akan Raja Iskandar; maka setelah bertemulah segala rakyat antara kedua pihak itu, lalu berperanglah, ter­lalu ramai seperti yang dalam Hikayat Iskandar itu.

Maka alahlah Raja Kida Hindi itu oleh Raja Iskandar, ditangkap baginda denganhidupnya Raja Kida Hindi itu; maka disuruh­lah oleh Raja Iskandar membawa iman, maka Raja Kida Hindi pun membawa imanlah dan jadi Islam, dalam agama Nabi Ibrahlm Khalilu 'llah 'alaihi s-salam.

Maka dipersalini oleh Raja Iskandar akan Raja Kida Hindi seperti pakaian dirinya; maka dititihkan oleh Raja Iskandar kembali ke negerinya. Maka adapun akan Raja Kida Hindi itu ada beranak se­orang perempuan, terlalu baik parasnya, tiada berbagai lagi dan tiada taranya masa itu, cahaya mukanya gilang-gemilang seperti cahaya matahari, dan amat bijaksananya dan sempuma budinya; Puteri Syahrul-Bariyah namanya.

Maka Raja Kida Hindi pun memanggil Perdana Menteri pada tempat yang sunyi, maka titah Raja Kida Hindi kepada Perdana Menteri, "Ketahui olehmu, bahawa aku memanggil engkau ini, aku hendak bertanyakan bicara kepadamu; bahawa anakku yang tiada ada taranya seorang pun anak raja-raja pada zaman ini, itulah hendak aku persembahkan kepada Raja Iskandar; apa nasihatmu akan daku?" Maka sembah Perdana Menteri, "Sahaja sebenamyalah pekerjaan yang seperti titah tuan Hamba itu." Maka sabda Raja Kida Hindi pada Perdana Menteri, "Insya-Allah Taala, esok hari pergilah tuan Hamba ke­pada Nabi Khidir, katakanlah oleh tuan Hamba segala perihal ini."

Maka esok harinya, pergilah Perdana Menteri itu kepada Nabi Khidir. Setelah sudah Perdana Menteri itu pergi, maka disuruh Raja Kida Hindi suratkan nama Raja Iskandar atas segala dirHarunya, dan atas segala panji-panjinya. Adapun setelah Menteri itu sampai kepada Nabi Khidir maka ia pun memberi salam, maka disahut oleh Nabi Khidir salam Menteri itu, lalu disuruhnya duduk.

Arakian maka berkatalah Perdana Menteri itu kepada Nabi Khidir alaihi s-salam, "Ketahui oleh tuan Hamba, ya nabi Allah, bahawa raja Hamba terlalu amat kasihnya akan Raja Iskandar, tiada dapat Hamba sifatkan; dan ada ia beranak seorang perempuan, tak dapatlah dikatakan, tiada ada bagainya anak raja-raja dalam alam ini dari masyrik lalu ke maghrib pada rupanya dan budi pekertinya, tiada ada taranya pada masa ini.

Adalah raja Hamba akan hendak dipersembahkan dia akan isteri Raja Iskandar." Kata sahibul-hikayat, maka pada ketika itu juga pergilah Nabi Khidir kepada Raja Iskandar, maka diceriterakannyalah perihal itu. Maka kabullah pada Raja Iskandar. Kemudian dari­pada itu maka Raja Iskandar pun keluarlah ke penghadapan, dihadap oleh segala raja-raja dan ulama dan pendita dan segala Orang Besar-besar, dan segala pahlawan yang gagah-gagah mengelilingi takhta kerajaan baginda, dan dan belakang ba­ginda segala Hamba yang khas dan segala yang kepercayaannya. Maka adalah pada ketika itu Raja Kida Hindi pun ada meng­adap Raja Iskandar, duduk di atas kerusi yang berpermata.

Maka ada seketika duduk itu, maka Nabi Khidir alaihi s-salam bangkit berdiri serta menyebut nama, Allah subha nahu wa taala, dan mengucap selamat akan Nabi Ibrahlm Khalilu 'llah dan segala nabi yang dahulu-dahulu; syahadan makamembaca khutbah nikah akan Raja Iskandar, dan diisyaratkannya per­kataan itu kepada Raja Kida Hindi. Demikian kata Nabi Khidir: "Ketahui olehmu hei Raja Kida Hindi, bahawa raja kami inilah yang diserahkan Allah Taala kerajaan dunia ini kepadanya, dari daksina lalu ke paksina.

Adapun sekarang, bahawa tuan Hamba ada beranak perempuan, terlalu baik parasnya; kehendaknya minta daripada tuan Hamba, dan diambil Raja Kida Hindi kiranya akan menantu, supaya berhubunglah segala anak cucu Raja Iskandar, jangan lagi ber­pu tusan kiranya hingga hari kiamat. Bagaimana, kabulkah? Atau tiadakah?"

Tiada ulasan: