Isnin, 20 April 2015

SULALATUS SALATIN-5

Perjalanan Hendak Menakluk Negeri China

Setelah berapa lamanya maka Raja Sulan pun hilanglah, maka cunda baginda, Raja Suranlah di atas kerajaan menggan­tikan ninda baginda di negeri Amdan Negara, terlalu besar kerajaannya, lebih besar pula daripada ninda baginda Raja Sulan. Maka adalah kerajaan baginda itu, segala raja-raja dari masyrik lalu ke maghrib sekaliannya takluk kepada baginda, melainkan negeri China juga yang tiada takluk kepada Raja Suran.

Maka Raja Suran pun berkira-kira hendak menyerang negeri China. Maka baginda menyuruhlah menghimpunkan segala bala Tenteranya; maka sekalian rakyat pun berkampung­lah daripada segala pihak negeri, tiada terpermanai lagi ba­nyaknya. Maka segala raja-raja yang takluk kepada Raja Suran itu pun sekaliannya datang dengan alat senjatanya, dan dengan segala rakyatnya sekali; adalah banyaknya segala raja-raja itu seribu dua ratus. Maka telah sudah sekaliannya datang ber­kampung, maka Raja Suran pun berangkatlah hendak menye­rang benua China.

Maka adalah daripada banyaknya rakyat berjalan itu, se­gala hutan belantara pun habis menjadi padang, dan bumi pun bergentar seperti gerupa, dan gunung pun bergerak, dan segala tanah yang tinggi-tinggi itu pun menjadi rata, dan batu pun habis berpelantingan, dan segala sungai pun habis kering, jadi seperti lumpur, kerana dua bulan perjalanan itu tiada ber­putusan lagi; jikalau pada malam yang gelap sekalipun, men­jadi terang seperti bulan purnama pada ketika cuaca, daripada kebanyakan kilat cahaya Senjata; jikalau halilintar di langit sekalipun tiada kedengaran, daripada kesangatan tempik segala hulubalang dan sorak segala rakyat, bercampur dengan gajah, kuda, tiadalah sangka bunyinya lagi. Maka segala negeri yang bertemu dengan Raja Suran itu habislah dialahkannya, maka sekalian negeri itu semuanya habis takluk kepada baginda.

Setelah berapa lamanya, maka Raja Suran pun sampailah kepada sebuah negeri Gangga Negara namanya, Raja Gangga Syah Johan nama rajanya. Maka adapun negeri itu di atas bukit, dipandang dari hadapan terlalu tinggi, dan dari belakang rendah juga; ada sekarang kotanya di darat Dinding, ke sana Perak sedikit. Setelah Raja Gangga Syah Johan mendengar khabar Raja Suran datang, maka baginda menyuruhlah menghimpunkan segala rakyatnya, nan menyuruh menutupipintu kotanya, dan bangunan-bangunan pun disuruh tunggui, dan parit pun dipenuhi dengan air.

Maka segala rakyat Raja Suran pun datanglah mengepung kota Gangga Negara itu, maka di­lawan berperang oleh orang di atas kota itu. Maka segala rakyat Raja Suran pun tiada boleh tampil; kenaikan baginda gajah meta. Maka beberapa ditikam dan dipanah orang dari atas kota, tiada diendahkannya; maka tampil juga ia menghampiri pintu kota Gangga Negara, dipalunya dengan cokmamya, maka pintu Gangga Negara pun robohlah. Maka Raja Suran pun masuklah ke dalam kota Gangga Negara dengan segala hulu balangnya.

Setelah  Raja Gangga Syah Johan melihat Raja Suran itu datang, maka Raja Gangga Syah Johan pun berdiri memegang panahnya; maka segera dipanahnya, kena gumba gajah Raja Suran, gajah itu jatuh terjerumus. Maka Raja Suran pun me­lorupat serta menghunus pedangnya, diparangkan kepada Raja Gangga Syah Johan, maka kenalah lehemya, putus ke­palanya, terpelanting ke tanah. Maka Raja Gangga Syah Johan pun matilah. Setelah rakyat Gangga Negara melihat rajanya mati itu, maka sekaliannya pun lari; maka ada seorang saudara raja itu perempuan, Puteri Dara Segangga nama­nya; terlalu baik parasnya, maka diambil bagindalah akan isteri.

Setelah negeri Gangga Negara sudah kalah, maka Raja Suran pun berjalanlah dari sana. Hatta berapa lamanya berjalan itu datanglah ke negeri Langgiu; dahulu negeri itu negeri besar, kotanya daripada batu hitam, sekarang lagi ada kota itu di hulu Sungai Johor. Adapun nama asal Langgiu itu dengan bahasa Siam ertinya per­bendaharaan permata, maka adalah nama rajanya Chulan; akan baginda itu raja besar, segala raja-raja yang di bawah angin dalam hukumannya.

Demi Raja Chulan mendengar Raja Suran datang itu, maka Raja Chulan pun menghimpunkan segala rakyat; dan segala raja-raja yang takluk kepada baginda, semuanya berkampunglah. Maka Raja Chulan pun mengeluarilah akan Raja Suran; maka rupa segala rakyat itu seperti lautan, rupa gajah dan kuda pun demikian juga, seperti pulau rupanya, dan tunggul panji-panji seperti hutan, dan segala Senjata pun berlapis-lapis. Sekira-kira empat gorah bumi jauhnya berjalan, setelah datanglah pada suatu sungai, maka kelihatanlah rakyat Raja Suran seperti hutan rupanya. Maka kata Siam, "pangkali" ertinya "sungai", maka dinamai orang sungai itu Sungai Pangkali.

Maka bertemulah rakyat Siam dengan rakyat Keling, lalu berperanglah, tiada sangka bunyinya lagi; segala yang bergajah berjuangkan gajahnya, dan yang berkuda bergigitkan kuda­nya, dan yang berpanah berpanahanlah dianya, dan yang ber­lembing bertikamkan lembingnya, dan yang berpedang ber­tetakan pedangnya. Maka rupa segala Senjata seperti hujan yang terlalu lebat, tidaklah lagi tarupak awan di langit, oleh kebanyakan kilat Senjata itu; gegak gempitalah bunyi tempik sorak orang berperang itu, maka berbangkitlah lebu duli ke udara, kelam-kabut, siang menjadi malam seperti gerhana matahari. Maka segala rakyat antara kedua belah pihak itu pun jadi campur-baurlah, tiada berkenalan lagi waktu ber­perang itu. Mana yang mengamuk di amuk orang pula, ada yang menikam ditikam orang pula. Maka kedua pihak itu pun banyaklah mati dan lukanya, darah pun banyaklah tumpah mengalir ke bumi seperti air sebak. Maka lebu duli itu pun hilanglah, maka kelihatanlah orang berperang itu, beramuk­-amukan terlalu ramai; sama-sama tiada mahu undur lagi.

Maka Raja Chulan pun menampilkan gajahnya menempuh ke dalam rakyat Raja Suran yang tiada terpermanai banyaknya itu, barang di mana ditempuhnya bangkai bertimbun-timbun; maka segala rakyat Keling pun banyaklah matinya, lalu undur. Setelah dilihat oleh Raja Suran, maka baginda pun tampillah mengusir Raja Chulan itu. Maka adapun kenaikan Raja Suran, gajah tunggal lagi meta, lapan hasta tingginya; tetapi gajah Raja Chulan itu terlalu berani. Maka bertemulah kedua gajah itu, lalu berjuang, maka bunyi kedua gading gajah itu seperti bunyi petir yang tiada berputusan. Maka kedua gajah itu pun tiada beralahan; maka berdiri Raja Chulan di atas gajahnya menimang-nimang lembingnya, lalu ditikamkannya kepada Raja Suran, maka kenalah ke baluhan gajah itu, sejengkal menjunjung ke sebelah. Maka Raja Suran pun segera memanah Raja Chulan, kena dadanya terus ke belakang; maka jatuhlah ia dari atas gajahnya ke tanah, lalu mati. Maka segala rakyat Raja Chulan melihat rajanya mati itu, maka sekalian­nya pun pecah belahlah, lalu lari cerai-berai; maka diikuti oleh segala rakyat Keling mana yang dapat habislah dibunuhnya.

Maka segala rakyat keling pun masuklah ke dalam kota Langgiu itu, lalu merampas, tiada terkira banyaknya beroleh rampasan itu. Maka ada seorang anak Raja Chulan itu perem­puan, Tuan Puteri Onang Kiu namanya; terlalu baik parasnya. Maka dipersembahkan orang kepada Raja Suran, maka oleh baginda diambillah akan isteri.

Setelah itu maka Raja Suran berjalanlah, maka baginda pun teruslah ke Temasik. Maka kedengaranlah pula khabarnya ke benua China, me­ngatakan, "Raja Suran datang hendak menyerang kita, mem­bawa rakyat tiada terpermanai banyaknya; sekarang sudah sampai ke Temasik." Maka raja China pun terlalu hebat men­dengar khabar itu; maka titah raja China pada segala menteri dan segala pegawainya, "Apa bicara kamu sekalian pada me­nolakkan bala ini; jikalau sampai raja benua Keling itu ke mari, nescaya binasalah benua China ini." Maka sembah seorang menteri yang tua, "Jikalau sampai raja daripada yang banyak, ya tuanku syah alam, yang diperHambalah membicarakan dia." Maka titah raja China, "Bicarakanlah olehmu." Maka Perdana Menteri pun menyuruhlah melengkapi sebuah pilau yang terbesar, diisi dengan jarum yang Serii, lagi yang karat; maka diambilnya pula pohon kesmak dan pohon segala buah-buahan yang ada buahnya, ditanamnya di atas pilau itu, dan dipilihnya orang yang tua-tua sudah tanggal giginya, di­suruhnya naik pilau itu, dipesaninya oleh Perdana Menteri itu dan disuruhnya belayar ke Temasik.

Setelah datang ke Temasik, maka dipersembahkan orang­lah kepada Raja Suran, "Ada sebuah perahu datang dari benua China." Maka titah Raja Suran pada orangnya, "Pergilah eng­kau tanya pada China itu, berapa lagi jauhnya negeri China dari sini?" Maka orang itu pun pergilah bertanya pada orang pilau itu. Maka sahut China itu, "Tatkala kami keluar dari benua China, sekalian kami-kami ini sedang muda-muda be­laka, baharu dua belas tahun umur kami, dan segala buah-buah­an ini bijinya kami tanam, kami pun tualah, gigi kami semua pun habis tanggal; segala buah-buahan yang kami tanam itu berbuahlah, baharulah kami sampai ke mari," Maka diambil­nya jarum ada beberapa bilah itu, ditunjukkannya pada Ke­ling itu, katanya, "Besi ini kami bawa ke mari dari benua China seperti lengan besarnya, sekarang inilah tinggalnya habis haus; demikianlah peri lamanya kami di jalan, tiadalah kami  tahu akan bilangan tahunnya." Setelah Keling itu mendengar kata China itu, maka ia pun segera kembali memberi tahu Raja Suran; maka segala kata China yang didengamya itu semuanya dipersembahkannya kepada Raja Suran.

Setelah Raja Suran mendengar sembah orang itu, maka titah Raja Suran, "jikalau seperti kata China itu, terlalulah jauhnya benua China itu; manakalakah kita sampai ke sana? Baik kita kembali." Maka sembah segala hulubalang, "Benarlah seperti titah Seri Maharaja itu."

Tiada ulasan:

Catat Ulasan